Template by:
Free Blog Templates

26 January 2011

Ramli Terima Watikah








Ketua Kampung Repoh, Haji Ramli Baharin yang sedang menerima rawatan di Hospital Taiping, menerima watikah perlantikannya daripada Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar, petang tadi.

Datuk Seri Raja Ahmad menyampai sendiri watikah tersebut kerana Ramli yang menjalani pembedahan semalam tidak dapat hadir bersama Ketua-Ketua Kampung dalam Parlimen Larut di majlis yang diadakan di Bagan Baharu, pagi tadi.

Ramli, 49 tahun yang baru-baru ini menyerai jemaah lain mengerjakan Haji di Tanah Suci Mekah, adalah diantara Ketua Kampung yang senior.

Beliau begitu terharu dengan kunjungan Saya dan menyampaikan watikah perlantikan Ketua Kampung di Wad Hospital berkenaan.

Turut hadir ialah ADUN Batu Kurau, Datuk Kapt. Najmuddin Elias, isteri Ramli dan keluarga serta bekas Ketua Kampung Repoh, Haji Mukbim Mokhtar.

Saya doakan semoga beliau segera sembuh dan dapat menjalankan tugasnya semula sebagai Ketua Kampung Repoh.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya mohon YMDS eloklah jangan melantik ketua kampung yang berpenyakit dan yang tidak mampu mengejar pencuri kerbau walaupun pencuri tersebut berada di depan mereka seperti orang macam saya.

Saya selalu nampak pencuri kelapa sawit tapi takut nak kejar mereka. Orang macam saya ni memang tak layak jadi ketua kampung.

Lagu satu orang pencen macam saya jangan sekali2 lantik jadi ketua kampung kerana berilah peluang kepada mereka yang tidak pernah bekerja menjadi ketua kampung memegang jawatan tersebut. Inilah yang dikatakan YAB PM KEADILAN SOSIAL. Ramai orang tak faham maksud leadilan sosial. Dalam bidang Sosiolgi keadilan soasial ialah supaya kita dapat berkongsi bersama segala pemberian kerajaan.

Saya lihat Ketua Kampung ramai tak berani turun padang dengan sendirinya. Ada wakil rakyat barulah mereka turun padang. Orang penakut pun saya rasa tak guna juga jadi ketua kampung.

Saya pernah duduk di kampung Cina. Mereka pilih 'ketua kampung' daripada mereka yang suka menderma.

Kalau itulah kriteria kita, mungkin keadilan sosial boleh tercapai. Tapi kalau mereka kedekut, hanya berharap tunggu bantuan kerajaan sahaja saya rasa keadilan sosial lambat sedikit mahu tercapai. Kalau kriteria kita mereka yang tak kedekut jadi Ketua Kampung saya sangat setujulah orang pencen jadi Ketua Kampung.

Sekian untuk makluman YMDS.