Template by:
Free Blog Templates

27 January 2011

Tindakan

Agensi-agensi Kerajaan yang terbabit dalam menyelesaikan masalah setinggan disarankan agar menyelaraskan peranan dan tanggungjawab mereka bagi menggelakan birokrasi dan melenggah-lengahkan proses pemberitan hakmilik.

Saya juga meminta agar semua agensi yang terlibat dalam melaksanakan projek Kerajaan agar turun ke bawah dan memantau projek yang dilaksanakan bagi mempastikan ianya berjalan lancar.

Dalam mesyuarat Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) masalah ada Iman yang enggan membaca Kutbah yang disediakan oleh Kerajaan sekali lagi dibangkitkan.

Mesyuart tersebut dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah LMS Tanah, Harun Rawi buat pertama kalinya selepas persaraan bekas Pegawai Daerah, Datuk Mahmud Murshidi.

Pemutihan keatas senarai E-Kasih Daerah dan senarai on-line juga telah ditimbulkan kerana terdapat keraguan megenai maklumat penerimanya.

Senarai tersebut harus disemak semula oleh Penghulu bersama Ketua-Ketua Kampung berkenaan bagi dikemas kinikan lagi.

Masalahan kerosakan jalanraya akiabt projek pembinaan landasan berkemabar di sekitar LMS juga menarik perhatian ramai Ahli yang melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Konterktor yang terlibat.

Mesyuarat tersebut juga merakamkan penghargaand dan Terima Kasih kepada Datuk Mahmud selama menjadi Pegawai Daerah LMS.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Ramai orang setinggan dapat rumah tanpa ditemubual.

KAMI terpaka di interview.

Adakah rakyat digalakkan menjadi setinggan terlebih dahulu supaya diutamakan untuk mendapat rumah kerajaan?

Terima kasih.