Template by:
Free Blog Templates

10 January 2011

Pondok




Saya amat simpati dengan seorang duda di kampung Sungai Malau dalam yang tinggal sendirian di sebuah pondok.

Zainal Bin Talib, 58 tahun kini sebatang kara selepas berpisah dengan isterinya tinggal di pondok tanpa sebarang bekalan air dan elektrik.

Saya telah meminta JKKK berusaha mendapatkan bekalan tersebut.

Beliau yang tidak bekerja kini menerima bantun rm140 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Begitu pun saya berharap bantuan itu dapat ditambah memandangkan keadaan beliau.

Beliau amat terharu diatas lawatan saya petang tadi. Turut hadir Ketua UMNO cawangan Sungai Malau, Nordin Abu Hasan.

4 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya berasa bangga dan berterima kasih kerana YMDS sudah mulai banyak melawat tempat panas dan di tempat pengundinya ramai yang masih berdiri atas pagar.

Cuba buat kajian dengan Encik Nordin kenapa bendera PAS dan UMNO tidak dikibarkan di Sungai Malau semasa PRU 12?

Walaupun PRU 13 belum ditentukan tarikhnya saya memohon bendera UMNO dan Barisan hendaklah dikibarkan di depan rumah AJK cawangan dan bahagian UMNO di rumah pemimpin2 lain hingga ke atas. Kita misti naikkan imej dan icon kita bukan kerana megah tetapi ialah supaya orang kampung tahu tempat mengadu.

Sekarang ni mereka asyik mengadu kepada YMDS. Sepatutnya mereka boleh juga mengadu ke AJK dan semua AJK hendaklah mengibarkan bendera UMNO di depan rumah mereka. Untuk mengelakkan ahli UMNO yang main kayu tiga, katak si katak lompat (lompat sana dan lompat sini, dulu UMNO sekarang PAS) dan ahli UMNO cari makan. Nampaknya sudah ada di antara mereka di FELCRA Sungai Malau sekarang ini.

Sekian. Terima kasih.

Anonymous said...

YMDS,

Di kampung saya ramai yang lebih tua daripada mereka yang telah mendapat bantuan kerajaan tetapi mereka rajin menoreh getah.

Ada pak cik tu tejengket2 pergi menoreh getah. Umurnya lebih tua drp. YMDS berikan bantauan. Cuba YMDS tanya pembeli Getah Kubu Gajah siapa yang saya maksudkan.

Beliau kadang2 memperoleh lebih kurang $500 se bulan setelah bahagi dua dengan tuan kebun.

Saya masih berpegang kepada pendapat sejagat yang mengatakan kalau nak bantu penangkap ikan berilah mereka kail, jala, bubu dan yang berkaitan. Jangan berikan mereka beras dan duit. Jika anak orang2 tua berikan pekerjaan seperti dalam syarikat Muhibbah Engineering, Majuperak dll. syarikat yang kepunyaan negeri Perak seperti disyarikat SLC dan GLC (kepunyaan Malaysia) sudah tentu anak2 mereka akan dapat membantu ibubapa mereka.

Saya dan saudara mara kita YMDS dapat membantu ibubapa kita kerana kita mendapat pekerjaan. Kalau asyik terima duit JKM sampai bila pun keluarga kita akan menjadi miskin hingga sekarang.

Kalau YMDS tak percaya cubalah buat eksperimen untuk membezakan anak mereka yang diberikan pekerjaan dengan keluarga yang sentiasa dapat bantuan JKM. Apa akan terjadi kepada mereka.

Sebab itu kita mesti memperjuangkan lapangan terbang BRIAH supaya anak orang miskin, ibu tunggal, OKU dsbnya mendapat pekerjaan di sana. Ramai mereka meninggalkan ibubapa mereka kerana anak mereka lari ke Ipoh, KL dll. Sampai di sana isteri mereka mulai mengawal mereka supaya jangan balik2 kampung kerana tiada pekerjaan atau pun takut kerana hutan keliling. Akhir2nya banyak tanah terbiar walaupun harga getah dan kelapa sawit naik melambong hingga boleh mengatasi gaji kerani dsbnya.

Sekian untuk makluman YMDS.

Anonymous said...

YMDS,

Nampaknya Barisan/UMNO asyik membangunkan tempat DAP sahaja di PERAK. Kali ni mereka membangunkan bandar MERU di Jelapang. Betuahlah YB HE YITT FOONG.

Syabas dan tahniah kepada beliau kerana tempat beliau akan dijadikan bandar yang terkenal.

Macam mana tempat kita (tempat UMNO) tak binakah bandar Baru YMDS.

Cuba YMDS baca Perak To-day saya sentiasa lihat tempat DAP yang dimajikan dengan alasan potensi untuk berkembang.

YMDS mesti lihat Putrajaya tempat jin bertendang membangun lebih hebat daripada tempat YB He Yit Foong atau pun Batu Gajah.

Kita takut orang kita nanti akan ramai yang memangkah DAP kerana pembangunan amat pesat berkembang di tempat DAP termauklah Pulau Pinang.

Apa yang saya takutkan ramai ahli UMNO macam double standard. Mereka masuk UMNO tapi membangunkan tempat DAP.

Saya memang tak boleh tidur dibuatnaya. Siapa ahli DAP yang percaya lapangan Terbang Sepang berjaya dibangunkan di kawasan estet dan hutan. Tentu ahli UMNO dan DAP ipoh tak percaya Sepang dan Putrajaya dapat membangun. Mereka sentiasa lihat lembah Kelang sahaja yang boleh dimajukan.

Kalau tanya ahli politik yang ortodox/kolot sudah tentu mereka hendak membangunkan Kuala Lumpur sahaja. Orang UMNO mesti kreatif. Tempat jin bertendang/ulu pun boleh juga dibangunkan seperti Putrajaya dan Sepang.

Sekian untuk makluman YMDS.

Anonymous said...

YMDS,

Orang seperti saudara Zainal bin Talib ini boleh mendapat pekerjaan jika sekiranya ADUN Taiping, Alor Pongsu, Selama, Kemunting, Batu Kurau, Kubu Gajah dll bergabung untuk memperjuangkan lapangan terbang supaya di bina di BRIAH.

Penasihat Negeri Perak memang tak setuju tapi adakah mereka bertanya kepada pakar geoteknikal, hydrologist (kerana ia kawasan paya), climatologist dan ada juga juruterbang kita yang lulus dari Emby Riddle Aeronotikal University dan pakar lain2. Yang sebenarnya kerajaan kita tidak mengetahui siapa pakar sebenarnya untuk menentukan kedudukan lapangan terbang. Kelemahan UMNO ialah mereka tidak menyimapn data base orang Melayu yang bertaraf konsaltan, pakar rujuk, trouble shooters (pakar yang dapat menyelesaikan masalah).

Kalau tanya YB Chang Ko Youn sudah tentu beliau ingin membesarkan lapangan terbang IPOH. Beliau bukan pakar aeronotik. Pakar ekonomi atau urbanisasi pun mahu membina lapangan terbang supaya tidak berdekatan pelabuhan kerana ia mempunyai fungsi yang sama supaya daya transportasinya untuk mengeksport barangan agak seimbang dan tidak menyebokkan kawasan kotaraya seperti IPOH (bagi pakar urbanisasi). Tanyalah pakar urbanisasi tentang pembinaan lapangan terbang.

Sekian untuk makluman YMDS.