Template by:
Free Blog Templates

31 January 2011

Peladang






Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Kurau berhasrat membantu memulihkan Pusat-Pusat Pengumpulan Pemasaran Pertanian di Mukim tersebut bagi kemudahan ahli-ahlinya.

Dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah PPK Batu Kurau, pagi ini, Saya selaku Pengerusi telah meminta Pengurus Besar untuk berbincang mengenai hal tersebut dengan pihak berkenaan.

Amat rugi rasaya jika Pusat Pemasaran Petani tidak digunakan sepenunya bagi membantu memasarkan produk dan hasil mereka.

Saya mengambil contoh inisiatif JKKK di DUN Kubu Gajah khususnya di Sungai Segar untuk telah berjaya mewujudkan sebuah Pusat Pengumpulan Pemasaran Pertanian yang dibuka baru-baru ini.

Begitupun, adalah diharapkan agar Pusat berkenaan benar-benar memainkan peranannya membantu memasarkan produk petani dan peladang yang berkualtii tinggi dan boleh pergi ke pasaran antarabangsa.

Sementara itu, PPK juga berhasrat mewujudkan pengkalan data di setiap 22 buah unitnya sesuai dengan perkembangan IT.

Kempen menarik lebih ramai remaja terutama anak Peladang menjadi ahli PPK juga akan dipergiatkan menjelang mesyuarat agung bermula pertengahan bulan Febaruari ini.

Selepas mesyuarat Lembaga Pengarah, Saya menemui Pengerusi-Pengerusi unit Peladang untu memberi taklimat menjelang mesyuarat agung tersebut.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Yang kita takut ialah pusat pemasaran membeli produk kita dengan harga yang lebih rendah daripada peraih tempatan.

Sebagai contoh peraih mengambil sendiri buah pisang abu dari kebun saya dan sanggup membayar 80 sen sekilo. Adakah MARDI atau pembeli di pusat pertanian dapat membeli harga yang lebih daripada peraih yang datang sendiri ke kebun saya?

Biasanya masalah pemasaran kita tidak dapat atasi kerana kita hanya mendapat maklumat tentang masalah daripada pihak kedua iaitu bukan daripada penanam pisang, penoreh getah, penanam nenas, atau penanam serai (kerja yang pernah saya lakukan) yang sebenarnya. Mereka yang menanam inilah yang saya katakan pihak pertama.

Selalunya kita mengumpul maklumat daripada JKKK yang tidak pernah menoreh getah, menanam serai dll. Walaupun mereka menanam pisang mereka tidak pernah menjualnya, di Selama, Batu Kurau dan Bagan Serai.

Jika kita asyik bertanya pihak kedua sampai bila pun kita tak dapat menyelesaikan masalah pemasaran kerana harga yang diberikan tidak kompetatif.

Sebab itu saya inginkan YMDS turun padang dan cuba menjual pisang kawan dengan sendiri ke tempat2 pembeli pisang di Batu Kurau, Selama dan Bagan Serai untuk mendapat maklumat yang primary (asli) tetapi bukannya secondary (pendua).

Kalau YMDS asyik dengar cerita ketua kampung yang tidak pernah menoreh tanpa pergi ke kebun semasa mereka menoreh getah sampai bila pun YMDS tidak mendapat maklumat yang paling sahih. Kita takut masalah kecil diperbesar2kan. Atau pun sebaliknya.

Sekian, terima kasih.