Template by:
Free Blog Templates

18 January 2011

Komputer










JKKK digesa mengadakan program yang boleh mendekati remaja kerana tenaga mereka penting untuk meneruskan aktiviti pembangunan yang akan datang.

Sehubungan dengan itu, Dewan-Dewan Orang Ramai harus diaktifkan dengan program yang mampu menjadi perhatian remaja Kampung,

Program IT wajarlah juga diberikan perhatian kepada Masyarakat Remaja, selain JKKK itu sendiri mendalami ilmu tersebut selaras dengan Dunia global.

Saya berkata demikian di majlis penyampaian Komputer kepada semua Ketua Kampung dalam DUN Kubu Gajah di Pejabat Penghulu, Ijok tenghari tadi.

Dengan adanya kemudahan tersebut, memudahkan Ketua-Ketua Kampung berurusan dengan lebih mudah, selain menggalakan perkembangan IT di tempat mereka.

Kursus khas mengenai penggunaaan komputer telah diadakan kepada semua Ketua Kamung dan Ketua UMNO Cawangan DUN Kubu Gajah tahun lalu.

Mereka begitu bersemangat mendalami ilmu IT, sekalipun kursus itu diadakan dalam masa yang pendek.

Sementara itu, semua kampung dalam DUN Kubu Gajan tidak lama lagi akan menerima kemduahan Wifii secara percuma.

Pemasangannya akan dilancarkan Ahad ini oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir.

Turut hadir ialah Penghulu Mukim Ijok, Mohd Fauzi Razali dan Pegawai KEMAS Daerah Larut, Matang dan Selama, Faridah Sailan.

8 comments:

Anonymous said...

MMDS,

Saya berharap semua borang kerajaan dapat dicetak dari kompter seperti borang bantuan RISDA, JKM, JAKIM, cukai tanah, borang persatuan seperti persatuan peladang, anjuran MPOB dll.

Di harap mereka yang diberikan komputer hendaklah belajar memindahkan borang2 penting dari portal utama kerajaan kepada portal ketua kampung dan ketua cawangan.

Saya harap juga mereka hendaklah mengadakan blog, twitter dan yg berkaitan masing2, supaya rakyat dapat berhubung dengan mereka disamping daripada mengurangkan turun padang.

Kita mesti buat pembaharuan.

Terima kasih.

Anonymous said...

YMDS,

Saya penoreh getah pun beli komputer sendiri kerana harga getah naik.

Harga getah dan sawit naik, adakah rakyat ADUN Kubu Gajah yang ada getah dan sawit masih hendak meminta bantuan kerajaan.

Atau pun adakah kerajaan hanya membantu mereka yang malas kerja.

Bila saya lihat gambar yang ada dalam blog YMDS yang rami dapat bantuan ialah mereka atau anak mereka yang tidak bekerja.

Kalau kita lihat dalam gambar2 YMDS siarakan ramai antara mereka dapat pendapatan yang lumayan juga dapat bantuan.

Ada dua remaja India sentiasa menolong saya dan orang2 lain. Mereka katakan kepada saya pendapat tiap2 seorang antara 40 hingga 120 ringgit sehari se orang. Mereka ini tak mempunyai kelapa sawit atau pokok getah. Mereka bantu mengait buah kelapa sawit. Bukan banyak sangat yang dikait tapi boleh dapat 120 ringgit sehari tiap2 seorang.

Nampaknya siapa rajin akan menjadi kaya. Siapa yang malas akan dapat darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dan penyakit2 yang tiada exercise seperti menebas, menoreh, mengait buah kelapa, menjaga lembu dll.

Saya lihat orang India di Lembah Keluang yang menjaga lembu tak sakit darah tinggi tapi yang duduk saja, sakit jantung, dll.

Sekian untuk makluman YMDS.

Anonymous said...

YMDS,

Hari ini harga getah basah se kilo $7.35 sen. Tapi yang saya jual $7.15.

Kerajaan nampaknya tidak boleh berbuat apa2 kerana alasan pembeli macam2.

Saya rasa kita masih berpolitik tak habis2. Kita ramai tolong mereka yang berdaftar menjadi ahli UMNO tapi tidak banyak menolong mereka yang menyokong barisan tapi mereka ini tidak menjadi ahli UMNO. Mereka tak jadi kerana mereka berkebun sepenuh masa.

Pencuri semankin ramai. Kalau lambat sedikit ambil kelapa sawit habislah dicuri oleh pencuri. Sudah kena tangkap 2 orang datang lagi yang lain.

Pencuri yang berproton Wira pun datang mencuri. Mereka masih belum kena tangkap.

Polis kita hanya pandai tangkap lori kelapa sawit sahaja. Mereka tak pandai tangkap pencuri kelapa sawit kerana tidak termasuk dalam latihan mereka di Cheras.

Sekian untuk pengetahuan YMDS.

Anonymous said...

YMDS,

Cara YMDS 'berkempen' saya rasa macam cara tradisional, CORAK LAMA.

YMDS asyik melawat meraka yang sudah menjadi FIXED DEPOSIT bagi UMNO/Barisan iaitu 14% mengikut teori Gaussian.

Yang perlu YMDS lawati ialah 28% mereka yang masih berdiri atas pagar dan mirip untuk menyokong isu PAS tapi tiada igeologi politik. Ada antara mereka penyokong PAS tapi kelakuan tak macam orang PAS. Ada pula antara mereka yang membawa fahaman politik resmi lalang dan ada pula kumpulan katak si katak lompat.

Mengikut Dr. Mahathir katak atau mereka yang cari makan ini (selalunya pandai bercakap dan malas kerja, harap kerajaan sahaja untuk membantu mereka) sepatunya kita tak ambil jadi ahli. Biarkan mereka jual ubat.

Saya lihat yang atas pagar ini ialah mereka yang menyokong PAS tapi perangai mereka tak PASS. Sebagai contoh melepaskan lembu makanan tanaman saya, tak bayar hutang saya (pernah jadi wakil rakyat pula tu), buat janji kotrek menebang tak habis dll. Orang beginilah yang saya katakan duduk atas pagar (termasuk tak sembahyang Jumaat)tanpa bimbingan.

Kalau YMDS pergi sembahyang maghrib dan Issa cuba banci siapa yang tak pergi. Mereka ini masih boleh kita pengaruhi untuk menyokong UMNO. Saya tidak katakan semua yang datang sembahyang subuh/maghrib itu semuanya penyokong PAS.

Sekian. Terima kasih.

Sekian pandangan saya.

Anonymous said...

YMDS,

Kami bantu YMDS berkempen tapi YMDS asyik berkempen tempat FIXED DEPOSIT.

Manakala kami pergi ke kampung India yang menyokong hindraf dan penyokong PAS yang tiada pegangan iaitu mereka yang marahkan pemimpin UMNO tapi mereka tak marahkan parti UMNO.

Di kampung kita ramai ahli PAS yang marah ke pemimpin UMNO tapi sedikit pun mereka tidak marah kepada parti UMNO.

Isu inilah yang susah difahami PEMIMPIN UMNO. Mereka ingat orang PAS benci UMNO tapi apabila saya selidiki dengan mendalam mereka marahkan pemimpin UMNO bukan parti UMNO.

YMDS tak payah takut jumpa ketua PAS. Pergilah minum2 kopi dengan mereka. Yang di Sungai Malau minum kopi di Cangkat Lobak.

Saya sudah berbuih mulut menerangkan kepada ahli UMNO untuk membantu isu ini tapi mereka tak peduli.

Isu ini yang dapat mengalahkahkan MIC, MCA dan UMNO di PRU 13 walaupun kita tukar pemimpin tempatan.

Sekian.

Anonymous said...

YMDS,

Saya takut semankin ramai menggunakan komputer semankin banyak blog anti kerajan didalamnya.

Saya mohon semua ketua UMNO hendaklah mempunyai websitenya sendiri untuk mempertahankan isu yang dibangkitan terutama sekali isu tempatan dan diikuti dengan isu kebangsaan.

Saya mohon mereka yang dapat komputer berlatih untuk membuat laman webnya sendiri untuk menentang segala tomahan.

Saya baca dalam ruangan SEMBANG dalam blog YMDS banyak tomahan dikeluarkan tapi pemuda UMNO tidak ada yang menjawab.

Bila kita tidak jawab mereka tentu katakan kita akan kalah PRU 13.

Kalau YAB PM boleh jawab kenapa kita tak boleh jawab. Mereka nampaknya mankin naik tocang kerana pendapat mereka lebih berdasarkan persepsi dan ada juga yang mempunyai kebenaran seperti isu FDI kerana luar negara lebih suka menanam modal di negeri2 parti pembangkang sebab berdekatan dengan pelabuhan dan infrukstur yang lengkap dibangunkan kerajaan parti Barisan.

Kalau infrukstruktur yang baik diadakan di kawasan Barisan/UMNO sudah tentu FDI akan beralih ke sana kerana semua orang tahu 13 Mei bermula di Kuala Kumpur, bukan di Kubu Gajah, Ijok atau Redang Panjang iaitu tempat yang paling selamat di kaca mata dunia.

Sekian untuk makluman YMDS.

Anonymous said...

YMDS,

Hari ini harga getah basah tanpa bahanasing ialah $7.50 sen tapi saya jual $7.30

Kita selalu menslogankan yang Malaysia mengutamakan mereka yang cemerlang.

Dalam kontek harga getah kita perlukan mereka yang cemerlang, iaitu yang dapat menyelaraskan harga getah dan kelapa sawit.

Yang peliknya harga getah di Negari Sembilan dan Trengganu sentiasa lebih tinggi daripada di negeri2 lain.

Apa yang saya fahami dari segi indeks kecemerlangan bolehlah kita rumuskan pegawai pemasaran di Trengganu dan NS lebih pandai dan cemerlang daripada pegawai pemasaran yang lain. Saya tak rasa mereka jual getah ke negara yang lain daripada mereka yang menjual di Perak.

Begitu juga Duta kita ke Amerika mestilah dipilih daripada mereka yang pandai mencantas isu kacang soya dan stok simpanan getah Amerika Syarikat.

Kalau kita hantar orang tak pandai saya rasa TOK BATIN kita dari IJOK lagi pandai. Kerajaan hendaklah mengenal pasti TOK BATIN supaya dihantar menjadi Duta ke US.

Kalau kita hantar orang pandai politik tapi tak pandai mencantas isu kacang soya dan stok penimbal nescaya harga geteh dan kelapa sawit yang tingi sekarang ini akan tidak menentu harganya dan bila2 masa akan jatuh jika US bencikan Malaysia/Thailand/Indonesia.

Salah satu tujuan stok penimbal ialah untuk menjatuhkan negara yang sombong dengan US.

US boleh menjatuhkan negara kita dengan stok penimbal. Begitu juga tentang kacang soya.

Duta kita di sana mestilah pandai selain daripada dapat menarik pelabur asing. Saya ingat kalau mereka tak dapat menarik pelabur asing kita gantikanlah dengan orang lain kerana kecemerlangan Duta saya rasa hendaklah berdasarkan anjakan Indeks FDI yang masuk ke negara ini.

Sekian pendapat saya supaya harga getah tidak turun naik.

Anonymous said...

YMDS,

Sebelum terlambat YMDS, saya mohon supaya YMDS mengugubah sedikit paradigma YMDS.

Maafkan saya jika salah tafsir.

Saya lihat dulu YMDS "berkempen" dari Batu Kurau ke Ulu Selama.

Tafsiran saya YMDS hendak mengekalkan kedudukan sebagai Ketua Bahagian. Saya rasa strategi ini sudah berjaya.

Sekarang ini YMDS "berkempen" hanya kepada pengundi FIXED DEPOSIT.

Kalau YMDS asyik berkempen kepada pengundi FIXED DEPOSIT saya rasa YMDS tidak dapat mempengaruhi 28% mereka yang berdiri atas pagar dan yang tidak masuk PAS atau UMNO tapi mengundi kepada ISU tempatan dan nasional.

Lagi sekali dalam pengelaman saya YMDS masih boleh membaiki keadaan terutama sekali di kawasan2 yang tiada bendera PAS atau BARISAN dikibarkan semasa pilihan raya dahulu.

Saya sudah menemubual ramai orang PAS di tempat kita. Mereka tidak mengatakan mereka benci kepada UMNO tapi mereka tidak suka kepada sesetengah pemimpin UMNO.

Saya kumpulkan mereka ini dalam kumpulan atas pagar.

Kumpulan atas pagar yang ke tiga ialah mereka ahli PAS tapi perangai mereka tidak Islamik.

Kumpulan yang keempat ialah mereka yang menjadi katak.

Kumpulan yang kelima ialah dalam satu keluarga ada yang emak mereka mengundi Barisan dan bapa mereka mereka mengundi PAS.

Saya boleh siarkan semua kumpulan atas pagar tapi saya takut biro politik kita tutup kedai.

Saya juga berkempen untuk UMNO

Tetapi yang susah hendak menukar paradigma mereka, ialah mereka yang mengaku ada kaitan persaudarn dengan YMDS dan juga yang mengaku kawan baik YMDS.

Saya suruh mereka tukar alamat mengundi mereka tak mahu. Mereka boleh ambil alamat rumah saya dan keluarga saya tapi mereka tak mahu juga.

Inilah yang saya maksudkan kawan tak betul. Ada antara mereka tiap2 hari datang dari Selama tapi tidak mahu menukar tempat undi.

Sekian untuk makluman YMDS.