Template by:
Free Blog Templates

11 January 2011

Ketua Kampung










Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir mahukan setiap Ketua Kampung sentiasa mesra dengan anak buah mereka dan tidak memilih kasih dalam membuat pertimbangan keatas permohonan yang diajukan, sekalipun berlainan kefahaman politik.

Ketua-Ketua Kampung juga wajib turun ke padang pada setiap masa untuk mengetahui dan menyelesaikan masalah penduduk Kampung.

Ketua Kampung yang berdidikasi adalah mereka yang bertanggungjawab dalam menjalankan amanah yang telah diberikan.

Dr Zambery berkata demikian ketika menyampaikan amanat penting di majlis penyampaian watikah perlantikan seramai 818 orang Ketua Kampung Perak di Bangunan SUK, petang tadi.

Ketua-Ketua Kampung adalah juga merupakan wakil Kerajaan dan berperanan penting dalam menentukan arah tuju masyarakat di tempat mereka.

Kekuatan jentera Pentadbiran Kerajaan adalah juga bergantung kepada peranan dan tanggungjawab yang berjaya dilaksanakan oleh Ketua-Ketua Kampung.

Kenaikan elaun Ketua Kampung haruslah dilihat sebagai satu pengiktirafan tugas mereka yang semakin penting, selain memberikan satu galakan untuk mereka berkhidmat dengan lebih didikasi.

Kerajaan Negeri juga membuat perubahan dengan memilih Ketua Kampung yang layak menunaikan fardu Haji Ke Mekah, setelah berkhidmat selama enam tahun dan setiap seorang calon dari 59 kawasan Dewan Undangan Negeri, bermakna mulai tahuin ini, seramai 59 orang yang akan dipilih berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya seorang bagi setiap satu kawasan Parlimen.

Setiausaha Kerajaan Perak, Datuk Seri Dr Abdul Rahman, Anggota EXCO Kerajaan Negeri, ADUN, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai Daerah turut hadir di majlis yang berlangsung di Dewan Bankuet SUK.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Kalau kita pilih ketua kampung yang sejak kecil lagi bermastutin dikampungnya sendiri sudah tentu mereka tahu masalah dalam kampung yang sebenarnaya. Masalah turun padang tak timbul lagi.

Yang kedua suruh ketua kampung bertanya ahli keluarga sahabat handai sebab2 mereka yang meninggalkan kampung dan berhijrah ke bandar.

Di kampung saya, mereka ramai meninggalkan kampung disebabkan ketakutan, hutan keliling (pencuri, banyak ular sawa dan babi hutan) dan ramai juga disebabkan tiada pekerjaan tetap.

Saya ingat semua ketua kampung tahu kenapa anak pinak mereka berhijrah ke Taiping, Kuala Lumpur dll. Tapi adakah mereka merancang sesuatu supaya orang kita tidak lagi berhijrah ke bandar.

Cuba tanya Tuan Haji Talib Ismail no.talipon 019-5490848 kenapa beliau tidak pindah ke bandar?

YMDS kita perlulah rancangan yang realistik dan pargmatik. Cuba tanya juga Tuan Haji Ishak sebab beliau tidak pindah ke bandar atau pun Cikgu Nayan Sg Malau Luar (Tanya Encik Nordin Sg. Malau Dalam) dan ramai lagi di kampung kita.

Mana2 YMDS pergi masalah remeh temehnya sama saja. Cuma mereka tak tahu tempat mengadu. JKKK hendaklah menyenaraikan nama, no.talipon tempat mengadu seperti JPS, JKR, JKM, RISDA, Vertiner, Pertanian dsbnya.

Sepatutnya YMDS hendaklah memantau projek mega seperti jalan Jelapang-Selama dan cadangan hendak membina lapangan terbang di Briah dll. kerana ini memberi keuntungan semua dan memberi pekerjaan lebih kepada 2,000 orang.

Sepatutnya YMDS dan ADUN Batu Kurau sentiasa singgah di Pejabat Beta Mutiara Technologi di Jalan Ipoh dan Kulim. Saya selalu juga melihat YMDS di KL. Saya harap YMDS bila ke KL pergilah ke BMT dijalan Ipoh untuk mlihat perkembangan Lebuh-raya Jelapang-Selama. Nanti kalau YMDS tidak lihat ada pihak yang under-cutting seperti lapangan terbang Briah.

Tapi YMDS mesti faham kenapa ia dimulakan di Jelapang. Saya lihat Jelapang/Tasik akan menjadi pusat industri yang terbesar di Perak yang memerlukan jalan ke Pelabuhan.

Kalau kawasan tiga segi antara Bagan Serai Parit Buntar dan Selamandijadikan kawasan industri sudah tentu jalan ke Jelapang tidak di bina dari Jelapang. Ia hanya dibina dariKubu-Gajah Bagan Serai. Saya ingat kerajaan tersilap mengujudkan pembangunan di sutu walhal Parit Buntar-Bagan Serai- Kubu Gajah lebih dekat dengan pelabuhan.

Sekian untuk makluman YMDS.