29 January 2011
Taklimat
Pemimpin dan Ahli UMNO diingatkan pentingnya kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihanraya UMUM (PRU) yang akan datang, kerana di situlah nanti ia menjadi penentu samada rakyat masih meletakan kepercayaan untuk memperjuangkan nasib mereka.
Justeru, setiap Pemimpin dan Ahli UMNO harus meletakan kepentingan Parti sebagai asas utama bagi menjamin kekuatan dan Jentera Parti berjalan lincin dalam PRU yang ke 13 nanti.
UMNO Bahagian Larut akan mempastikan BN Larut terus kekal menjadi "Simpanan Tetap" Parti dengan menggekalkan rekod kemenangan di semua tiga kerusi DUN dan Parlimen tersebut.
Begitupun, Pemimpin dan Ahli UMNO jangan mengambil mudah kerana keadaan kini jauh berubah dan memerlukan kerja kuat, persefahaman dan bersatu sebagai sebuah pasukan dalam menghadapi PRU yang akang datang.
Saya berkata demikian dalam majlis taklimat kepada semua Ketua UMNO Cawangan, Pemuda, Wanita dan Puteri Bahagian yang diadakan mengikut DUN di Selama pada sebelah pagi, di DUN Kubu Gajah pada tengahari dan petang di DUN Batu Kurau.
Dengan perubahan yang dibawa oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dengan kesediaan pemimpin parti turun ke bawah melihat dan menyelesaikan masalah rakyat, Saya yakin UMNO dan BN akan kekal mentadbir Negeri dan Negara dalam PRU yang akan datang.
Selaku Ketua UMNO Bahagian Larut, Saya juga menyeru agar Ahli-Ahli tidak mengikut rentak Pembangkang, sebaliknya tumpukan kepada aktiviti Parti.
Pembangkan akan mengambil kesempatan diatas perpecahan Parti dan Ahli-Ahli UMNO harus menggelakkannya.
Turut hadir ialah Pengerusi Sekretariat Pilihanraya UMNO Perak, Datuk Yusof Kassim dan Pengarahnya, Hanafiah Man.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
YMDS,
Yang penting sekarang ini kalau ada tuduhan terhadap pemimpin UMNO setemapat dengan bukti yang kokoh kita hendaklah melaporkannya ke balai polis dengan segera untuk meyakinkan pengundi terutama sekali di kawasan/kampung di mana UMNO tidak mendapat undi majoriti.
Yang kedua ketua cawangan UMNO yang mendapat komputer hendaklah menjawab isu setempat dengan segera.
Yang ketiga ketua cawangan UMNO hendaklah berdailog dengan ketua PAS di tempat masing2 supaya tuduhan tidak berkepenjangan.
Sebab itu sekarang, ketua cawangan UMNO hendaklah berani seperti pemuda MCA dan MIC bukan lagi pandai berlagak tapi tidak berani berdailog dengan ketua cawangan PAS di tempat masing2. Bukan berdailog untuk berkelahi tapi untuk membetulkan persepsi.
PRU 13 yang akan datang kita mempunyai ramai pengundi muda di tempat kita yang akan mengundi persepsi, isu dan peribadi calon.
Mereka tidak lagi mengundi rancangan pembangunan seperti yang kita bentangkan bagi koridor utara kerana realitinya masih boleh dipersoalkan.
Kalau kita lihat calon PAS di Tenang kita tidak nampak isu yang berkaitan dengan peribadi beliau dibangkitkan yang bermakna jumlah bilangan undi yang akan diperoleinya akan bertambah. Begitu juga tentang persepsi negatif terhadapnya. Inilah kelebihan beliau.
Kalau kita hendak berjaya kita perlu mengutarakan calon yang mempunyai peribadi yang cemerlang tidak lagi mereka yang asyik berpolitik dan meninggalkan pembangunan dan mempunyai persepsi yang negatif. Pengundi sekarang sudah percaya kepada pepatah Melayu, JIKA TIADA ANGIN DAUN TAK KAN BERGOYANG.
Isu cantas mencatas akan berlaku jika kita pilih calon yang silap dan kita tidak menerangkan kriteria yang baru untuk memilih calon. Sudah tentu ada perkara2 yang sumbang akan berlaku seperti di Tenang kerana ketua bahagiannya tidak dipilih.
Isu yang besar sekali ialah isu yang memakan diri kerajaan. Sebagai contoh kerajaan banyak mengadakan pembangunan di kawasan pembangkang terutama sekali di kawasan DAP.
Isunya ialah parti pembangkang mengatakan selama mereka memerintah kemajuan sudah banyak tercapai seperti peningkatan FDI dll.
Bagi pihak UMNO pula ada juga yang melihat kerajaan sekarang asyik membangunkan kawasan parti pembangkang (seperti Lembah Kinta, Batu Gajah dll) tapi tidak membangunkan kawasan seperti Selama, Batu Kurau dan Kubu Gajah.
Saya pun keliru dibuatnya.
Sekian pandangan saya dengan harapan kita berjaya dalam PRU 13
YMDS,
Saya memohon sesiapa yang bekerja bekerja di pejabat pilihan raya mestilah mereka yang mendapat kredit dalam mata pelajaran Geografi. Mereka yang saya sebut ini termasuklah Datuk Sekreteri dan pengurusinya.
Sebabnya saya mahu mereka lulus dalam bidang geografi ialah kawasan mengundi isteri saya di letakkan di Ulu Mengkuang.
Manakala tempat mengundi saya di Ipoh.
Tapi kami berdua bukan dari sana berdasarkan alamat dalam kad pengenalan. Tapi dari kawasan ADUN Kubu Gajah.
Lagi satu kalau kita pilih Datuk atau Tan Sri ramai orang membayangkan mereka ini ahli UMNO.
Untuk mengelakkan tanggapan pengundi pilihlah mereka yang tiada gelaran bekerja di pejabat pilihan raya. Walaupun mereka katakan mereka tidak berat sebelah tapi persepsi rakyat masih menilai demikian.
Sekian pandangan saya.
YMDS,
UMNO tetap bersatu jika pemimpin tidak berebut kedudukan.
Salahnya bukan pengundi perwakilan tetapi pemimpin yang malas tidak mahu berundur. Contohnya MIC. Sudah lama sayap Pemdanya mahu menukarnya, tapi beliau masih tidak mahu meninggalkan kedudukannya atas andaian orang muda tidak pandai berpolitik dengan orang Melayu.
Samy mahu pemuda yang pandai tarik tali iaitu berlakun sebagai proxy UMNO tapi macam benang dalam tepung memperjuangkan pendapat Utahayakumar.
Tapi Pemuda mahu perkara tersebut dilaksanakan dengan cepat walaupun mereka tahu kandungan perlembagaan dan konsep demokrasi berparlimen kalau tidak MIC akan tidak mendapat sokongan orang India kecuali sokongan orang Melayu dan Cina.
Begitu juga dalam UMNO kerana oarang lama UMNO asyik berpolitik manakala orang muda lebih mementingkan ekonomi dan mendapat pekerjaan.
Sebab itu saya syorkan orang pencen jangan diberikan kerja yang bergaji supaya orang muda boleh dimasukkan di peringkat bawah dan mnaikkan pangkat orang atasan.
Jika orang bersara di atas bagaimana orang senior hendak naik.
Bayangkan 4 anak saya tidak dapat pekerjaan walaupun mereka lulus dalam biotec, koputer system, pengurusan hotel dan kreatif design.
Orang pencen hendaklah dilantik hanya menjadi AJK badan kebajikan masyarakat atau pun badan NGO dengan hanya diberikan elaun perjalanan dan makanan jika wang masih ada.
Orang pencen boleh diambil balik bertugas jika mereka sahaja yang pandai membuat kerja tersebut (orang lain tak boleh buat) misalnya 'trouble shooters' sebagai contoh kakitangan kerjaan yang pandai menyatupadukan rakyat dan mengkayakan mereka yang miskin,
Sekian untuk makluman YMDS.
Post a Comment