23 January 2011
Lawatan MB
Saya amat terharu diatas kesudian Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang dalama kesibukannya sempat melawat Penduduk yang uzur dan terlibat dengan kemalangan serta meninjau keadaan rakyat miskin.
Di DUN Kubu Gajah, petang tadi, Dr Zambery melawat bekas Naib Kadi, Haji Mohd Salleh bin Haji Abdullah, 89 tahun, yang sedang uzur di rumahnya di Pekan Kubu Gajah.
Haji Salleh adalah seorang Pendaftar Nikah yang amat disegani. Beliau adalah satu-satunya tokoh di Kubu Gajah memegang jawatan tersebut dalam tempuh yang agak alam sehinggalah melepaskannya bila jatuh sakit.
Dr Zambery juga melawat seorang pemuda, Shahrul Anuar bin Ahmad, 25 tahun yang terlantar sakit di rumahnya selepas terlibat dalam satu kemalangan jalanraya baru-baru ini.
Disebabkan kemalangan itu, Ibunya juga terpaksa berhenti kerja untuk menjaga beliau.
Menteri Besar juga melawat tapak bantuan rumah Yayasan Bina Upaya (YBU) kepada seorang Ibu miskin, Naam Laili binti Mohd Aidil, 45 tahun yang kini menumpang di rumah saudaranya di Kampung Tebing Tinggi.
Beliau yang begitu terharu diatas bantuan tersebut menitis air mata kerana mendapat belas ekhsan daripada YBU untuk memiliki sebuah rumah bersama keluarganya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
YMDS,
Saya lihat menantu TOK NAIB pun meninggalkan Kubu gajah. Begitu juga ahli keluarga PAK ALI ISMAIL rumah belakang kedai Cina, dekat rumah TOK NAIB. Cikgu Pura (Khalijah Ismail) ke Taiping. Yang lain2 pun ke Taiping. Tanah mereka habis dijual ke pembela lembu yang merosakkan tanam2an saya.
Kenapa mereka meninggalkan Kubu Gajah. Mungkin tiada pembangunan agaknya.
Dulu Pak Ali rajin juga pasang lampu di rumah ayahanda YMDS. Tapi sekarang ni tak ada lagi. Boleh tidak YMDS pasang lampu eletrik di situ kerana saya takut ular selalu menyeberang jalan di situ terutama sekali waktu malam.
Terima kasih YMDS kerana berfikir panjang untuk mengadakan lampu eletrik di situ.
Sekian untuk makluman YMDS.
YMDS,
Saya mohon YMDS sentiasa mengingatkan YAB MB kita tentang kemajuan pembangunan Pekan Kubu Gajah dan IJOK seperti yang beliau rancangkan.
Lagi satu lebuh-raya Jelapang-Selama dan terus ke Sungai Petani.
Yang sebenarnya MB kita tidak boleh bergerak secara solo. Beliau mesti bersatu dengan MB Kedah untuk menjayakan projek lebuh-raya ini supaya ia dapat dibina sebelum PRU 13 sebagai hadiah untuk kedua2 negeri.
Lagi satu ialah tentang koridor Utara. CEOnya bangga dengan FDI yang masuk ke Kedah/Penang agak menggalakkan tapi Butterworth pun saya tak nampak pembangunan sama seperti gambar yang ditunjukkan PM dahulu semasa PR12. Saya rasa ia amat pentang untuk pelabuhan Butterworth dinaik taraf.
Projek kambing hanya tunjuk pintu gerbang baru dan pembangunan jenis macam kosmetik sahaja.
Boleh tidak kerajaan buat muzium kambing di situ di mana kita boleh lihat semua jenis kambing dalam dunia ini boleh didapati di situ.
Kalau Pondok Tanjung hendak terbilang di dunia kita mestilah ada mizium kambing dan muzium pokok hutan di situ (yakni semua jenis pokok hutan di dunia ini terdapat dalam muzium tersebut).
Yang penting sekali kita mesti kreatif, jangan ikut dunia lain.
Jangan macam MIC, kita buat ITM mereka pun mahu ITM untuk orang India. Kita buat KUB mereka pun buat MIKKA dll. Akhirnya apa jadi kepada MICA holding.
Kita buat masjid mereka mahu buat tokong. Tapi tokkong Sungai Malau tak nampak pun mereka sembahyang. Begitu juga Lembah Keluang.
Akhir2 yang di Sungai Malau roboh sendiri, tapi kalau Hundraf tahu mereka mesti katakan kerajaan zalim.
Sepatutnya Anuar atau KJ berdebat dengan UTAYAKUMAR tentang demokrasi berparlimen (dengar cakap orang majoriti) dan perlembagan.
Sejak zaman kesulatan nusantara dahulu orang Melayu mahu lawan orang Melayu. Tak tahulah apa sebabnya. Mungkin ada dosa orang Melayu yang hendak dibersihkan Allah Taala agaknya.
Sekian untuk makluman YMDS,
YMDS,
Saya nak mengadu pada tuan mengenai 2 perkara.
1- masalah gangguan lalat yang banyak terdapat di kawasan kubu gajah yang telah berlarutan sejak sekian lama (HAMPIR 4 TAHUN). Kerap mematikan selera makan kepada para pengunjung kubu gajah, hatta kepada warga kubu gajah sendiri. mohon YMDS ambil tindakan swajarnya bagi mengatasi masalah ini agar tidak berlarutan 4 ke 8 tahun lagi.
2- masalah bumbung rumah Tok Naib yang mengalami kebocoran dan rumahnya yang telah uzur. pernah juga YMDS berjanji untuk memberi bantuan bagi membaiki bumbung bilik air dan dapur umah Tok Naib ni semasa lawatan YMDS selepas ribut dan angin kencang melanda kubu gajah(rujuk laporan Sinar Harian tahun 2009 kalau taksilap). hingga kini, masih tiada bantuan bumbung sebagaimana yang dijanjikan. dua kali YMDS telah dtg ke rumah Tok Naib, tapi YMDS langsung tak bertanya khabar dan tak lihat bumbung dapur dan tandas yang rosak.
sekian untuk makluman YB.
Post a Comment