Template by:
Free Blog Templates

27 January 2011

JKT



Menghadiri mesyuarat jawatankuasa tanah daerah Larut, Matang dan Selama.

Mesyuarat yang berlangsung di pejabat tanah Taiping dipengerusikan oleh ketua penolong Pegawai daerah, Harun Rawi.

Masalah setinggan, kelewatan persempadanan dan rancangan kampung tersusun adalah diantara isu yang dibincangkan.

Selain menyelesaikan masalah rakyat miskin, tapak rumah kakitangan kerajaan juga dibincangkan.

Lot-lot pertanian juga dipertimbangkan untuk meningkat pendapatan rakyat.

1 comments:

Anonymous said...

e4rYMDS,

Salah satu cara untuk memajukan pekan Kubu Gajah, Redang Panjang atau Ijok ialah dengan membangunkan tapak rumah yang telah diberikan kepada rakyat untuk kampung tersusun.

Di negara Brunei semua tanah kurnia bagi tapak rumah diambil balik oleh kerajaan jika mereka yang mendapat tanah tidak membina rumah ditapak tersebut dalam masa yang ditetapkan.

Munkin kita tidak boleh buat demikian.

Sebagai alternatif, kita boleh gantikan tanah tapak rumah mereka ke Pondok Tanjung jika mereka tidak mahu membina rumah dalam masa terdekat.

Lagi satu tindakan sebegini ialah untuk mencapai keadilan sosial. Kita tidak mahu orang yang tamak diberikan tapak rumah. Sana pun mahu, sini pun mahu.

Yang sebenarnya jika YMDS turun padang tanpa protokol sudah tentu YMDS lihat tanah kurnia tidak usahakan, tapak rumah kurnia tidak dibina dengan rumah, rumah mesra rakyat tidak didiami dll. Isu ini yang diperkatakan mereka di kampung2 sebagai PENYELEWENGAN walaupun tak semuanya,

Begitu juga tanah pertanian dan tapak rumah bagi orang kerajaan.

Pengalaman saya menunjukkan hampir separuh tapak rumah di Kampung Jambu Taiping berubah tangan, kebanyakanya orang kerajaan. Saya yang tak mahu pindah mereka tak berikan kepada saya. Sebab gagal tidak diberitahukan kepada saya. Mungkin saya di Adun Kubu Gajah. Tapi kawan saya di Masjid tinggi dan KK berjaya juga untuk mendapatkanya, Meraka mahu orang Taiping tapi masa itu di Taiping hampir semuanya orang Cina. Emak penakan saya di Lake Garden pun tak dapat.

Saya cadangkan semua yang mendapat tanah pertanian dan tapak rumah hendaklah digazetkan nama mereka untuk mendengar bantahan. Bagi mereka yang sudah mempunyai tanah hendaklah dilapurkan (masyarakat yang membaca gazet tersebut) kepada mereka yang meluluskan tanah pertanian dan tapak rumah kerana perkara ini menjadi topik yang hangat dibincangkan di kampung2.

Sekian untuk makluman YMDS.