Template by:
Free Blog Templates

11 January 2011

Ziarah




Melawat seorang Jawatankuasa Wanita UMNO Cawangan FELDA, Ijok, Siti Fatimah bin Syed Alias, 42 tahun di rumahnya di peringkat 4, FELDA Ijok.

Beliau yang disyaki m+engidak sakit barah beberapa bualan yang lalu tinggal bersama suaminya, Shamsul bin Shamran, 50 tahun, kini terlantar.

Saya turut melawat, Kamal Azhar bin Ismail, 44 tahun di peringkat 2, FELDA,Ijok yang mengalami sakit urat tulang belakang selepas terjatuh semenjak setahun yang lalu.

Kedua-dua pesakit berkenaan merayu agar diberikan bantuan perubatan oleh Jabatan Masyarakat (JKM) bagi menggurangkan bebaban yang terpaksa mereka tanggung.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Ketua Kampung UMNO Cawangan FELDA, Ijok, Haji Shukur Haji Jaman.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya dahulu miskin YMDS. Begitu juga YMDS. Bila kita dapat pekerjaan kita bantu ibubapa kita.

Bolehkah YMDS bantu anak2 orang susah ini supaya mendapat pekerjaan supaya mereka dapat membantu ibubapa mereka seperti yang kita telah lakukan.

Cuba YMDS fikirkan gaji YMDS semasa menjadi pemberita sambilan Berita Harian dan saya pula menjadi guru sementara.

Dengan pendapatan ini kita boleh menjaga ibu bapa kita hingga mereka meninggal dunia kecuali bonda YMDS.

Yang perlu sekarang pada hari Jumaat imam kita hendaklah menerangkan tentang anak yang soleh. Selitkan sedikit dalam khutbah Jumaat kerana nampaknya ramai anak2 kita di kawasan ADUN Kubu Gajah tak peduli tentang ibu bapa mereka (maksud saya harap wang bantaun kerajaan sahaja). Biarlah wang bantuan kerajaan ini diperuntukan kepada mereka yang tak ada anak langsung.

Sekian pendapat saya yang tidak semestinya diterima masyarakat.