Template by:
Free Blog Templates

24 January 2011

MB-4X4


Tidak kurang daripada 50 orang peserta dari Luar Negara terutama dari Indonesia, Thailand dan Singapura dijangka menyertai perlumbaan 4X4 Road to Kubu Gajah Challenge Trophy bulan Mac depan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang melawat tapak perlumbaan tersebut dari 11 hingga 13 Mac di FELDA, Ijok dijangka meresmikannya.

Perlumbaan 4X4 itu adalah kali kedua diadakan di FELDA, Ijok selepas mendapat sambutan meriah kali pertama diadakan akhir tahun lalu.

Bagi memeriahkan lagi pertandingan kali ini, turut diadakan ialah perlumbaan Motorcross dan Mencari Harta Karun untuk Media.

Dengan adanya perlumbaan itu, ia dijangka menarik lebih ramai pengunjung ke Kubu Gajah sambil menikmati alam semula jadi termasuk tempat-tempat perkelahan yang menarik seperti di Lata Panggung dan Air Terjung di Sungai Jernih.

Pada ketika ini Jawatankuasa penganjur dibawah kelolaan Pusat Khidmat ADUN Kubu Gajah sedang sibuk membuat persiapan mengahdapi perlumbaan 4X4 itu yang dijangka meriah.

Pihak Tentera juga dijangka mengadakan aktiviti pengambil anggota Sukarelawan sepanjang program itu berlangsung.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya ingat dulu YMDS mahu hebahkan ke seluruh dunia, bukan ke 3 negara sahaja.

Tahniahlah kerana menganjurkan perlumbaan tersebut.

Kalau boleh adakan juga lebih banyak tempat2 jualan di permulaan/akhir perlawanan supaya ia menjadi macam pesta makanan dan pasar tani.

Panggillah juga Encik Samsul Ghau2 adik Cikgu Abu Samah AJK dan pelakon perempuan terkenal kita dari Kubu Gajah untuk merancakkan suasana. Kita ada juga penari Seni Budaya dari KL yang terkenal. dI kl MEREKA ini memang terkenal tapi di Kubu Gajah ramai mereka kenal YB dan ADO sahaja.

Kelemahan kita ialah kita hanya tahu VIP politik dan pentadbiran sahaja. Kita tidak tahu mereka yang tersohor dalam bidang2 lain di Kubu Gajah.

Tak tahulah orang kampung kita ni asyik pandang VIP politik sahaja. Mereka tak pandang pun 'VIP' yang terkenal dalam bidang2 lain. Sebab itu saya rasa masyarakat kita masih macam masyarakat mengampu atau membodek.

Sekian.