8 January 2011
Gelanggang siap
Remaja di luarbandar harus menggunakan kemudahan sukan yang disediakan oleh Kerajaan untuk mengilap bakat mereka yang terpendam.
Adalah satu kerugian jika kemudahan sukan yang dibina Kerajaan itu tidak digunakan sepenuhnya oleh mereka.
Gelanggang sukan ini bagi membolehkan mereka berlatih dan bertanding untuk mencungkill bakat baru. Ketika ini boleh dikatakan banyak projek gelanggang yang telah didirikan oleh Kerajaan di serata pelusuk Kampung.
Saya melawat sebuah gelanggang yang telah siap dibina lengkap dengan lampu di Kampung Batu 85 bagi kemudahan para remaja di situ untuk bersukan.
Kini, tidak timbul rungutan jika ada yang mengatakan bahawa mereka sukat untuk berlatih kerana terdapat banyak gelangang seumpama itu di serata pelusuk kampung.
Cuma, kadangkala kemudahan seumpma ini tidak digunakan sepenuhnya oleh remaja. Bagaikan hangat-hangat tahi ayam.
Bagi mempastikan semua kemudahan sukan ini digunakan adalah dicadangkan agar ia diletakan di bawah pengawasan dan pengurusan JKKK.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Selain daripada membaiki surau, jalan, parit dan yang berkaitan tak adakah projek yang boleh menjadi mercu tanda Kubu Gajah?
Pilihan raya ke 13 akan tiba janji kerajaan untuk membina jalan susur keluar di Matang Pasir masih belum dimulakan.
Plan secara terperinci jalan Jelapang-Selama belum kelihatan dalam bank yang hendak meminjamkan wang bagi projek tersebut.
Jalan Sungai Dendang-Selama belum lagi kemas.
Projek kambing boer macam hanya melepaskan batuk di tangga sahaja kerana sepatutnya pejabat vertiner hendaklah di pindahkan ke sana. Manakala hospital vertiner dan pusat penyelidikan haiwan dan pusat latihan peliharaan haiwan,pusat sembelihan, kilang memproses makanan kambing sepatutnya hendaklah juga dibina di sana. Saya lihat pusat ternakan lembu di Keluang sangat berjaya. Sepatutnya kita ikut cara/program yang sama seperti yang dilakukan/dijalankan di Kluang Johor barulah kita berasa bangga koridor utara janji pilihan raya yang lalu sudah pun berjaya. Elakkan projek yang hanya untuk melepaskan batuk ditangga tapi kita hendaklah juga mementingkan projek yang mengharumkan nama Malaysia supaya terbilang, gemilang, cemerlang dan terang tang tang, bukannya menjadi terlentang dan malang.
Sekian untuk makluman YMDS. Kalau boleh kirim salam kepada ADUN Alor Pongsu supaya jangan 'tidur' untuk memperjuangkan lapangan terbang di BRIAH kerana IPOH tidak boleh lagi dibesarkan kerana kawasannya sudah menjadi bandar. Lagi pun UMNO tak bolehlah asyik membangunkan tempat DAP. Ingatlah juga tempat UMNO.
Jika Malaysia hendak terbilang,gemilang, cemerlang dan untuk menyatukan rakyat lebih baik rakyat miskin didahulukan dan kawasan pendalaman diutamakan. Tentu Orang Sabah, Sarawak dan Selama amat setuju dengan slogan ini. Kalau tak percaya cuba tanya wakil rakyat Sabah dan Sarawak dan rakyat di kawasan ADUN Kubu Gajah.
Sekian. Terima kasih.
Post a Comment