Template by:
Free Blog Templates

7 January 2011

Surau









Melawat Surau di Peringkat 3 dan 4, FELDA, Ijok yang akan dibaiki selepas mendapat kelulusan peruntyukan yang dipohon,

Setiap surau itu menerima sebanyak RM 20,000 yang kerja menaik taraf akan dilakukan dalam masa terdekat.

Surau itu sudah agak lama didirikan dan sebahagian daripada ruangnya kini perlu diganti seperti bumbungnya.

Dengan adanya kerja baik pulih itu, ia akan memberi keselesaan kepada jemaah terutama pada sambutan Hari Raya apabila ramai sanak keluarga pulang berccuti.

Selain dua buah surau itu, FELDA, Ijok juga mempiunyai sebuah Mesjid. Balai Lintanganya juga perlu diperbaiki kerana ruangnya sudah agak sempit untuk mengadakan sesuatu majlis di situ.

Turut hadir ialah Ketua Kampung FELDA, Ijok Haji Shukur Jaman, Pengerusi Surau Pringkat 3, Haji Ahmad bin Harun dan Pengerusi Surau peringkat 4, Haji Ali bin Rifat.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Selalunya bantuan surau lebih awal/ cepat habis daripada bantuan2yang lain.

Oleh itu Pengurusi surau hendaklah rajin buat kerja untuk mendapat bantuan pada awal tahun. Jangan tunggu akhir tahun hampir semuanya habis. Begitu juga kebajikan masyarakat.

YMDS perlu kerja keras pada awal tahun untuk mendapat bantuan. Kertas kerja sudah pun ada (maksud saya boleh ditiru). Yang hendak ditukar dalam kertas kerja tersebut hanyalah nama, peruntukan, tarikh, plan, time-line dan sepertinya. Perkataaan/ayat yang lain2 semuanya sama. Apa yang susah sangat.

Projek besar untuk kawasan ADUN Kubu Gajah tak adakah YMDS?

Kolej RISDA sangat baik di bina antara jalan Sungai Dendang ke Selama atau Ijok (jalan Taiping) ke Tebing Tinggi (berdekatan markas PAS) untuk mengidupkan jalan tersebut.

Cuba YMDS lihat tempat lahir YB ADUN Selama, maksud saya kampungnya. Sungguh maju (ada pembangunan, rumah rehatnya pun terseregam macam mercu tanda bagi Selama, walaupun beliau mempunyai rumah business di Taiping). Tapi tempat lahir (kampungnya) YMDS masih hutan. Tidak teringinkah YMDS untuk membangunkannya sebelum PRU 13

Sekian untuk perhatian YMDS.

Anonymous said...

YMDS,

Harga ketol getah basah tanpa bendasing akan mencecah $7.00 bila2masa atau yang kering $8.00.

Tapi yang saya jual hari ini masih 20 sen lebih rendah daripada harga pasaran.

Tak bolehkah YMDS dan YB Ishak pemuda UMNO Selama buat sesuatu.

Kita asyik berpolitik tapi kita tak peduli pun harga getah yang tidak mengikut harga pasaran. Negeri Sembilan dan Pantai Timor (lebih tinggi) pun harganya tidak diselaraskan dengan harga kita. Tuan Hj. Ishak kita tak ada sengat atau taringkah?

Selain daripada kemajuan sosial dan agama YMDS perlu juga melihat kemajuan ekonomi terutamanya harga getah yang tidak selaras. Nasib baik kami masih menoreh tidak duduk kedai kopi sembang politik sahaja. Kalau tidak negara kita akan jadi miskin kalau semua berpolitik kedai kopi tanpa menoreh getah.

Sekian. Terima kasih YMDS.