13 January 2011
Pelajar
Ibu bapa, penjaga dan pelajar yang menerima dermasiswa kerajaan negeri Perak diingatkan agar tidak menyalahguna bantuan tersebut.
Sebaliknya wang tersebut diguna bagi membiyai kos perbelanjaan mereka semasa di pusat-pusat pengajian tinggi.
Walaupun ada ibubapa atau penjaga yang sudah menggunakan wang mereka terlebih dahulu, tetapi jangan lah diambil pula wang itu sebagai ganti.
Saya berkata demikian ketika berucap di majlis penyampaian dermasiwa yayasan Perak di pejabat pengulu Mukin Ijok di kampung mesjid.
Seramai 14 pelajar dun kubu gajah yang menerima dermasiswa itu sedang menuntut di pusat2 pengajian tinggi tempatan di peringkat sijil. Diploma dan ijazah.
Pelajar-pelajar yang berjaya adalah mereka yang mampu memberi khidmat kepada masyarakat dan bukan terbabit dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Sekarang ni kalau belajar tinggi2 pun tak guna kerana ramai boss2 tidak menempatkan kami mengikut kelulusan kami kerana orang lama masih memegang teraju perkhidmatan.
Yang penting sekarang ni ialah kreativiti, net-working dan 'branding'(imej menyerlah). Kalau harap rajin sudah tentu tak naik pangkat. Sebab itu saya berhenti kerja lebih awal lagi. Begitu juga kawan2 saya yang rajin dan mempunyai kelulusan yang lebih specialist apa yang di pegang oleh ketua2 jabatan yang ada. Mereka pencen pun masih bekerka konannya kerja mereka diperlukan.
Pepepatah Inggeris ada mengatakan WORK SMART BUT NOT HARD.
Sebab itu banyak syarikat tak untung kerana kita ambil mereka yang berkerja ialah yang work smart. Begitu juga jabatan kerajaan. Yang naik pangkat ialah mereka yang smart.
Kita perlu buat kursus imej branding di semua peringkat supaya mereka lepas naik pangkat. Sebagai contoh adakah CEO yang tidak pandai berbahasa Inggeris menjadi CEO. Adakah semua CEO yang pandai Inggeris boleh menguntungkan syarikat GLC dan SLC?
Yang penting Bahasa Inggeris kita mesti macam Governor Bank Negara walaupun duit RINGGIT semankin rendah harga. Dulu Satu ringgit Malaysia sama dengan satu ringgit Singapore. Tapi sekarang ni 2.42.
Sekian Terima kasih.
Post a Comment