Template by:
Free Blog Templates

13 January 2011

Lampu







Semakin terang jalan-jalan kampung, berikutan pemasangan banyak lagi lampu-lampu jalan di DUN Kubu Gajah.

Terima Kasih kepada Kerajaan Negeri Perak yang telah membantu menyediakan kemudahan lampu jalan di kampung-kampung terutama bagi penduduk khususnya wanita yang pulang bekerja malam.

Sebelum ini, Saya menerima banyak rungutan daripada penduduk Kampung mengenai keselamatan mereka kerana keadaan beberapa lorong dan jalan masuk ke kampung yang gelap.

JKKK telah diminat menentukan pemasangan lampu-lampu mengikut tiang-tiang yang telah dibina oleh TNB.

Petang tadi, Saya sempat meninjau kerja pemasangan lampu jalan di DUN Kubu Gajah. Sebanyak 283 lampu telah dipasang di 14 buah Kampung dan setiap satu berharga RM 300.

Bagi setengah tempat barangkali yang belum menerima pemasangan lampu jalan itu Saya harap mereka dapat berjumpa dengan Ketua-Ketua Kampung untuk tindakan seterusnya.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Yang paling banyak wayar cable di curi dan di'proses' untuk mengeluarkan kupreramnya ialah di kawasan depan estet sungai Malau dan di kawasan tanah terbiar berdepan dengan rumah ayahanda YMDS.

Cuba YMDS turun padang berjalan2 di kawasan ini ( ke sebelah dalam sedikit).

Saya syorkan pihak berwajib menyiapkan lampu jalan di kawasan yang terdapat paling ramai pencuri besi buruk dan wayar dan di kawasan yang ditakuti apabila berjalan malam.

Lagi satu di simpang jalan lalu lintas pencuri ketol getah dan buah kelapa sawit. Ada yang mengeluarkan buah kelapa sawit waktu hujan siang hari dan yang lainnya waktu sembahyang Jumaat dan waktu Malam.

Cuba YMDS turun padang dan duduk dalam kereta depan simpang Lembah Keluang estet waktu sesudah orang menoreh getah. Mungkin YMDS dapat lihat penjual getah dan buah kelapa sawit keluar dari situ

Lagi pun ketua kampung yang harus buat kerja sebegini bukan sentiasa duduk kedai kopi SI SUPAI sahaja.

Tidak lama lagi harga getah basah akan meningkat 8 ringgit dan 800 ringgit setan bagi buah kelapa sawit disebabkan cuaca tidak menentu dan dasar luar AMERIKA dan penambahan kilang sejata perang.

Polis tak boleh buat apa2 untuk menangkap pencuri kerana polis trafik hanya boleh tangkap kenderaan. Boleh tidak polis trafik juga membantu menangkap mereka yang jual ketol dan buah kelapa sawit?

Hanya lampu sahaja yang serba sedikit dapat membantu supaya pencuri berkurangan.

Sekian untuk makluman YMDS.