7 January 2011
Penjaja
Meninjau seorang Penjaja kecil di Pekan selama yang sedang berniaga, selepas menerima sumbangan Kiosk daripada ADUN Kubu Gajah,baru-baru ini.
Beliau yang begitu gembira atas sumbangan itu, mengucapkan Terima Kasih kerana ia dapat membantu beliau menambahkan pendapatan keluarga.
Beberapa buah Kiosk telah disubangkan oleh ADUN Kubu Gajah sebagai usaha membantu dan menggalak Penjaja kecil menjalankan perniagaan mereka dengan lebih baik dan selesa.
Sumbangan itu akan diteruskan memandangkan sambutan yang amat menggalakan daripada kalangan penduduk.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Kerajaan hendaklah membantu penjaja kecil supaya mereka dapat menghasilkan resipi yang sedap dan nyaman melalui MARDI dan agensi2 yang lain. Kalau sedap orang Cina dari Ipoh pun akan datang ke Kubu Gajah.
Kita mesti kenal pasti punca kegagalan peniaga, selalunya bukannya kerana kiosk atau muka masam penjualnya seperti anak abang AKUB kita.
Kalau sedap muka masam pun laku. Semua orang Cina pun datang makan ke sana. Kalau tak sedap Muniandi dari Lembah Keluang Estate pun tak mahu datang.
Yang penting sekali kerajaan hendaklah kreatif untuk menghasilkan makanan yang enak dan nyaman dan serahkan resipi tersebut ke penjaja yang miskin atau penjaja tempatan.
Sebagai contoh, begitu juga PETRONAS yang penting sekali bukan imejnya tapi adakah Presidentnya pandai mencari telaga minyak? Barat mementingkan lagak President tersebut, pandai berlakun kata orang Sabah. Tapi tak pandai cari telaga minyak.
Kita mesti tahu punca titik kejayaan. Jangan asyik tiru Barat untuk mencapai kejayaan. Semuanya itu BULLSHITS. You don't need to go to HARVARD to be a good businessman.
Contoh yang lain ialah Boon Siew Honda-Kalau tak pandai carilah kuda yang rajin untuk diperkudakan. Itulah prinsip Boon Siew.
Sekian. Sama perniagaan.
Post a Comment