16 January 2011
Sepetang
Masalah tempat tinggal yang dihadapi oleh penduduk berpendapatan rendah di DUN Kubu Gajah akan bawa ke pengetahuan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir bagi diambil tindakan.
Masalah ada penduduk yang terpaksa berumah di atas tanah rizab juga akan dibangkitkan kerana isu ini terlalu lama untuk diselesaikan.
Ramai juga pekerja Kilang yang terpaksa menyewa rumah jauh dari tempat tinggal asal mereka di Pekan Kubu Gajah.
Demikian diantara masalah yang dibangkitkan dalam perjumpaan sepetang bersama ADUN Kubu Gajah di Dewan Orang Ramai Kampung Tersusun Kubu Gajah, petang tadi.
Lebih 100 orang penduduk pelbagai yang terbabit menghadiri perjumpaan yang diadakan lebih dua jam itu.
Mengenai penduduk miskin yang berpendapatan di bawah RM 300, Saya telah meminta agar nama mereka ini disenaraikan dalam E-Kasih.
Perjumpaan seumpama itu akan diadakan dari masa ke semasa bagi mengenal pasti langkah dan tindakan seterusnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Masalah pekerja kilang tiada tempat tinggal ialah kerana tiada kilag berdekatan dengan Kubu Gajah.
Penjajah sangat pandai. Mereka membina jalan keretapi terus ke pelabuhan.
Kita bina lebuhraya bukan untuk menghantar barangan ke pelabuhan tapi untuk kita (termasuklah saya sendiri) berjalan2 ke sana ke mari.
Kalaulah semua kilang dibina dalam kawasan lebuhraya (terutama sekali di interchange) yang berhampiran dengan pelabuhan bagi tiap2 negeri (bukan di Jelapang atau Tasik tapi di kawasan antara Parit Buntar dengan Kubu Gajah di Perak) masalah yang dibangkitkan tidak akan timbul.
Masalah tanah belum pindah milik, kerajaan hendaklah bertindak supaya mana2 pegawai lambat membuat kerja pindahkan di kawasan panas misalnya di tempat parti pembangkang. Barulah mereka tahu.
Tempat saya kerja dulu, kita pindahkan mereka yang tak mencapai target dan time-line ke kawasan Lim Guan Eng sebagai contoh. SO kita tak bolehkah berbuat sesuateu tentang rumah yang telah dibina di kawasan tanah reserve kerajaan. Kita mesti cari SO yang mempunyai minda dan paradigma yang dapat memudahkan budi bicara dan membantu orang miskin. Mereka tidak kreatif jika isu ini berlanjutan. Inilah yang saya katakan tin kosong. Lulus tinggi2 tapi tak pandai menyelesaikan masalah dalam masa yang singkat. Kalau dalam business sudah tentu bangkerap. Anak saudara saya lulus SRP dan kawan2nya mengukur sempadan Siam tak sampai setahun. Tapi yang SPM tak dapat mengukur tanah penempatan dalam masa 7 tahun. Kalau kita tanya, mereka kata banyak masalah. Di Sabah dan Serawak pula tak ada masalah kerana mereka takut politik kalah.
Sekian. Terima kasih.
Post a Comment