Template by:
Free Blog Templates

5 January 2011

Titi runtuh






Amat Merbahaya, itulah yang dapat Saya bayangkan ketika melawat Titi Gantung di Kampung Sungai Simpo di Uu Ijok kerana tebing sungai yang telah rebak besar.

Jika sesuatu tindakan tidak segera diambil oleh JPS, Saya bimbang ia akan mendatangkan bahaya kepada para pengguna, terutama penduduk di Kampung Sungai Simpol.

Berdasarkan keadaan tebing yang runtuh itu, titi gantung itu juga berkemungkinan akan terputus dan dihanyutkan oleh air sungai berkenaan.

Bagi penduduk itu sajalah perhubungan yang sering digunakan mereka. JIka sebelum ini, penduduk mengambil sikap rasa bertanggungjawab dengan mencacak batang-batang buloh sebagai usaha menjojoi bagi menggelakan tebing daripda rutuh, tetapi ia bukan sahaja tidak bertahan, tetapi mudah diratah oleh arus deras sungai berkenaan.

Adalah diharapkan pihak JPS segera mengadakan lawatan dan membuat anggaran untuk kerja menjojoi.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Ketua Kampung Sungai Jernih, Jamaluddin Mat Isa dan Ketua UMNO Cawangan Kelian Gunung.

0 comments: