4 January 2011
Rumah Miskin
Saya amat simpati dengan nasib sebuah keluarga miskin yang tinggal di rumah yang amat uzur di Bagan Baharu di mana siisteri seorang Warga Emas sedang menyiapkan kerja menganyam tikar mengkuang untuk menambah pendapatan keluarganya.
Tikar itu dibuat dengan harga yang tidak seberapa, itu pun jika ada yang memesan, berithu Siti Fatimah binti Teh, 75 tahun ketika Saya ke rumahnya.
Saya amat kagum dengan kegigihan Fatimah walaupun dalam usian sedemikian, beliau tidak berputus asa untuk meneruskan kerja menampung keperluan keluarga.
Beliau terharu dengan kunjungan Saya dan amat berterima kasih kerana keperhatinan yang diberikan.
Sebelum itu, Suaminya Ismail bin Mat, 78 tahun, juga warga emas mengadu kepada Saya ketika membuat lawatan ke situ bahawa ada seorang Pegawai yang berjanji memberikan bantuan rumah beberapa bulan dahulu, tetapi hingga sekarang tidak muncul-muncul.
Beliau sempat menunjukan kad alamat Pegawai berkenaan sambil menyatakan rasa kecewa beliau. Selain isteri, keluarga berkenaan juga tingga bersama cucu mereka, Mohd Safuan bin Ramli.
Ismail yang tidak menerima apa-apa bantuan setakat ini daripada mana-mana pihak amat berharap untuk mendapat segera bantuan yang telah dijanjikan itu.
Saya sendiri telah membangkitkan perkara itu ke pengetahuan pihak berkenaan untuk tindakan segera.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment