17 January 2011
Orang kuat
Sebaik dimaklumkan mengenai seorang penduduk di Kampung Mesjid, Ijok Khalid bin Ismail, 66 tahun yang tiba-tiba lumpuh, Saya lantas melawatnya.
Khalid, adalah seorang petugas Pilihanraya Barisan Nasional (BN) yang amat didikasi dalam menjalankan tugas beliau.
Beliau adalah juga seorang yang amat setia dan sering memasang Bendera pada setiap kali sambutan Hari Kemerdekaan.
Beliau amat terharu diatas kedatangan Saya. Khalid tinggal bersama dengan isterrinya,Hairani binti Mat Hussein, 62 tahun.
Saya berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat membantu memberikan bantuan bagi menggurangkan bebanan terutama kos perubatan beliau yang kini tidak lagi mampu melakukan apa-apa pekerjaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Saya harap salah satu daripada biro UMNO hendaklah menyediakan data base bagi mereka yang boleh mengubati cara tradisional dalam kawasan Kubu Gajah.
Alamat2 mereka ini hendaklah disediakan di website UMNO ADUN KUBU GAJAH.
Laman WEB kita mesti ada perkara2 untuk menerangkan isu yang berbangkit dalam kawasan ADUN kita kerana ramai antara yang ada komputer masih hendak mengundi pemimpin berasaskan persepsi mereka, tapi bukan Yang realiti (apa yang pernah mereka alami bersama2 pemimpin tersebut). Misalnya mereka hanya percaya tentang apa yang mereka dengar tapi tidak melihat apa YMDS lakukan.
Sebab itu saya katakan tentang pemberian tanah hendaklah di iklankan mereka yang dapat tanah untuk melihat bantahan daripada masyarakat. Jika ada bantahan, tanah tersebut hendaklah diberikan kepada orang lain.
Saya rasa begitu juga tentang rumah PPRT dan Mesra Rakyat.
Saya tahu mereka yang ada 5 ekar tanah kelapa sawit boleh dapat 4 ke 5 ribu ekar se bulan hari ini. Begitu juga tuan kedai seperti di Bagan Baru sebelah kanan arah ke Ijok. Kita takut orang yang begini yang ramai dapat rumah mesra rakyat.
Sekian untuk makluman YMDS.
Post a Comment