30 January 2011
Gong Xi Fa Chai
Perpaduan Kaum harus dipertahankan dan rakyat harus menolak sebarang usaha memecah belahkan keharmonian rakyat dalam apa bentuk sekalipun.
Malaysia berjaya membentuk sebuah Negara yang stabil melalui sambutan perayaan pelbagai kaum samada Hariraya Raya Aidil Fitri, Tahun Baru China, Deepavali mahupun Krismas.
Saya berkata demikian di majlis meraikan Warga Emas kaum Cina sempena samabutan Gong Xi Fa Chai DUN Kubu Gajah di Dewan Serbaguna Redang Panjang, petang tadi.
Perpecahan kaum hanya merugikan perpaduan rakyat dan Negara dan akhirnya mendorong kepada hura-hara dan kekacauan.
Melalui sambutan pelbagai kaum ini, ia mampu mendorong kepada semangat perpaduan dan sikap bekerjasama di antara satu dengan yang lain.
Jika ada mana-mana pihak yang cuba menimbulkan perpecahan kaum ia harus ditentang habis-habisan.
Pihak tertentu cuba memecah belahkan perpaduan kaum kerana mereka mempunyai agenda tersendiri untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ternyata semakin disenanggi rakyat jelata.
Spekaer Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN), Datuk R.Ganeson, Pengerusi MCA Cawangan Redang Panjang, Teh Leong Hui dan Pengerusi MIC Bahagian Larut, K.Thevaraju.
Ganeson dalam ucapanya memuji usaha yang dibuat oleh ADUN Kubu Gajah untuk meraikan sambutan tahun baru China dan berharap ia akan terus memupuk semangat perpaduan kaum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
YMDS eloklah juga melihat sebab tidak semuanya orang India datang mengundi semasa pilihanraya yang lalu. Kereta kami masuk juga estet pada masa itu tapi tak ramai yang keluar.
Apa yang harus kita analisis sekarang ialah kenapa hanya lebih kurang 75% datang mengundi disamping bertanya masalah mereka.
Dalam fikiran saya masalah yang besar sekali ialah saya lihat harga getah naik 40% tapi gaji mereka tidak naik. Begitu juga kelapa sawit. Manakala pagar estet
semankin cantik dengan bunga2an ditanam di sana dan di sini,
Zaman dulu jalan estet dan kuil mereka sangat memuaskan tapi cuba YMDS lihat jalan masuk ke Estet Lembah Keluang dan Kuil mereka. Dulu estet yang membina semuanya. Masa itu harga getah tidak naik. Tapi masa sekarang mereka tak buat apa pun. Cari untung saja. Sekali jual kelapa sawit sudah cukup untuk membaiki jalan. YMDS kalau tak percaya cuba congak pendapatan Malaya Estet yang luas hingga ke Sungai Malau Dalam. Saya mohon YMDS minta derma pada pengurus estate untuk menaik taraf jalan ke estate supaya setaraf dengan lebuh raya. Kosmatik tak payalah.
Tapi sekarang ni sudah naik harga sawit/getah nampaknya pengurus estet tidak pernah turun padang. Kalau turun padang tentu alignment keretanya rosak apabila masuk Ladang Lembah Keluang.
Maksud saya dulu mereka bina sendiri tak payah suruh kerajaan, Tapi bila harga getah naik mereka minta kerajaan pula membaiki jalan.
Perkara beginilah yang saya susah hendak fahami.
Sekian.
Post a Comment