Template by:
Free Blog Templates

15 January 2011

Bantuan




Menghadiri majlis penyampaian bantuan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Larut di Pejabat Penghulu Mukim Ijok yang diketuai oleh Ketuanya,Sawipah Yahya.

Lebih 28 orang miskin, kebanyakannya wanita menerima sebahagian lagi sumbangan tersebut. Sebahagiannya telahpun menerimanya beberapa hari yang lalu.

Sumbangan tersebut adalah sebahagian daripada program membantu mereka yang tidak mampu menampung sara hidup seharian.

Mereka ini adalah dipilih daripada senarai yang dikenalpasti oleh Pergerekan Wanita UMNO Cawangan-cawangan.

Dikalangan penerima itu terdapat juga Ibu Tunggal yang mempunyai ramai anak.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya takut bantuan kerajaan dilihat pembangkang sebagai unsur 'negatif' kalau ia tidak menepati sasaran.

Ia akan menjadi 'backed fired' dalam pepatah Inggeris. Dalam BM ia memakan diri sendiri. Berhati2 jika hendak membantu individu.

Saya lihat di TV3 yang miskin yang mahu bantuan masih muda dan gagah dan lebih muda lagi daripada saya. Anak mereka pula ada yang sudah bekerja.

Kita perlu juga menyahut slogan PENCAPAIN DIUTAMAKN.

Saya takut ramai yang menerima bantuan ialah yang kaki kelentong dan yang berebut hendak jawatan JKKK ke atas. Mereka ramai juga warga kedai kopi, juga kaki kelentong. Bila saya hendak membeli nasi lemak semasa menuju tempat bekerja ramai mereka duduk di kedai kopi. Yang UMNO duduk di kedai kopi UMNO dan yang PAS duduk kedai kopi PAS.

Jika YMDS masukkan gambar mereka di blog YMDS saya lihat mereka ini ramai juga yang kaki borak (suka berborak tapi tak kerja. Kerja pun ala kadar)

Bayangkan 6 ekar tanah getah boleh memberi pendapat 5,000 ringgit seminggu Ramai antara kami yang pencen dan juga guru2 pergi menoreh getah. Tapi mereka yang berpolitik asyik minta upah 5 kali ganda dari biasa jika saya suruh menolong saya menanam nenas.

Kesimpulanya saya takut YMDS membantu mereka yang malas tapi bukan yang pencapaian cemerlang, gemilang dan terbilang.

Saya lihat di Kampung YMDS Encik Musa dan Sulaiman tu betul2 gigih bekerja hingga maghrib. Kalau YMDS turun padang sendirian tentu jumpa mereka ini. Kalau dengan Ketua Kampung orang Lembah Keluang pun beliau tak kenal kecuali anak ketua kampung kita yang lama.

Turun padang sendiri berbual dengan penoreh getah jangan berbual dengan orang kaki kelentong/borak atau yang asyik ampu YMDS. Saya simpan gambar mereka. Kalau YMDS pencen nanti saya mahu lihat sama ada mereka masih memandang YMDS atau tidak kecuali Ketua Kampung Tebing Tinggi,

Itulah yang saya risaukan. Turun padang berbual dengan mereka yang sedang bekerja di kebun bukan berjumpa dengan kaki kelentong dan mereka yang masuk UMNO kerana hendak tunggu habuan sahaja. Kalau begitu jika kita meninggal dunia saya tak rasa mereka datang menziarahi kita.

Sekian untuk makluman YMDS.