Template by:
Free Blog Templates

6 January 2011

Tebing sungai rebak








Selepas diberitahu tebing jalan rebak, Saya segera ke Kampung Sungai Jernih untuk melihat sendiri keadaan yang berlaku itu dan amat terkejut sekali.

Atas rasa bimbang ia boleh mengancam keselamatan penduduk yang sering menggunakan jalan tersebt, Saya berharap pihak yang bertanggungjawab agar segera mengambil tindakan untu memperbaikinya.

Lebih dua rantai tanah berhampiran sudah terhakis aklbat sungai yang berhampiran dan ini amat membimbangkan keselamatan rumah kediaman yang didirikan tidak jauh daripada sungai tersebut.

Sebelum ini, rumah yang dibina agak jauh daripada sungai berkenaan, tetapi ia sekarang semakin hampir akibat hakisan.

JPS diminta agar dapat melencong arus sungai berkenaan ke arah yang tidak berdekatan dengan rumah kediaman.

Ketua Kampung Sungai Jernih, Jamaluddin Mat Isa berkata memberitahu bahawa perkara itu telahpun dibangkitkan kepada pihak yang terbabit, tetapi hingga ke hari ini tiada sebarang tindakan yang telah diambil.

Masalah itu turut dibangkitkan dalam mesyuarat tindakan DUN Kubu Gajah yang saya pengerusikan baru-baru ini.

0 comments: