Template by:
Free Blog Templates

31 January 2011

Limau Raya


Ke sumah seorang Warga Emas berbangsa china di Pekan Ijok untuk menyampaikan sumbangan Hari Raya Cina, sambil mengucapkan Gong Xi Fa Chai, petang tadi.

Cheong Lek Chen, 72 tahun, seorang warga emas tinggal bersama saudara beliau yang uzur.

Mereka merasa gembira diatas keperhatinan Saya turun ke bawah untuk bertanya khabar.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Di kampung saya semua orang Cina datang mengundi di PRU12 kecuali anak2 mereka yang tinggal jauh.
Saya lihat dari 'pondok panas'.

Saya mohon orang Cina Ijok pun berbuat demikian supaya lebih 75% pengundi datang mengundi di PRU 13.

Tapi saya masih keliru terdapatnya undi pos rosak tapi mereka ini dalam golongan mereka yang berpelajaran.

Kaum Cina di tempat kita suka melihat calon baru. Kalau yang lama juga menjadi calon mereka kurang siok. Nampaknya pendapat mereka juga sama seperti sayap pemuda Cina di bandar2.

Jika ada yang mengundi PAS bukan bermakna mereka sukakan PAS tapi mereka rasa mereka mahu pembaharuan/dapat angin baru. Tak kiralah siapa2 pun asalkan orang baru. Cuba YMDS temubual pemuda Cina untuk membuktikan pendapat saya.

Sekian untuk makluman YMDS.

Anonymous said...

YMDS,

Kerajaan bercadang membina kampus UITM di Pulau Pinang. Yang saya tahu kampusnya sudah ada di Seberang Prai Tengah (dekat bulatan ke Bukit Mertajam). Lagi pun sudah banyak institusi tinggi di Pulau Pinang termasuklah yang swasta.

Adakah kerajaan akan membantu membangunkan kawasan DAP atau MCA lebih daripada kawasan UMNO?

Sudahlah mereka dapat buah limau sekarang mereka dapat UITM pula.

Saya harap YMDS dapat juga memberi saya buah 'limau' di hari raya yang akan datang. Buah kurma pun tak mengapa YMDS, hanya untuk keadilan. Bergurau YMDS.

Kadang2 saya rasa macam nak masuk DAP kerana dapat limau dan UITM. Dulu ada kawan saya penyokong kuat DAP tapi kedua2nya telah meninggal dunia.

Mereka tak dapat apa2 dari kerajaan tapi dapat penghargaan dan sanjungan yang tinggi dari kaum CINA.

Sekian untuk makluman YMDS.