Template by:
Free Blog Templates

13 January 2011

KEMAS




Anggota KEMAS disaran memupuk semangat mesra rakyat dalam memudahkan tanggungjawab melaksanakan program membangunkan Masyarakat.

KEMAS adalah Agen penting Kerajaan yang dapat menghubunggkan rakyat di luarbandar dengan Kerajaan bagi memahami dasar-dasar pembangunan Kerajaan.

Saya berkata demikian di majlis ramah mesra dengan Pemaju-Pemaju Masyrakat di Ibu Pejabat KEMAS Parlimen Larut, petang tadi.

Jatuh bangun pentadbiran Kerajaan juga bergantung kepada kecekapan, kemahiran serta pengalaman jentera KEMAS menjalankan tanggungjawab mereka.

Oleh kerana peranan KEMAS dilihat amat penting, kedudukan anggotanya turut diberikan pengiktirafan termasuk melantik guru-guru Tadika KEMAS dikalangan lulusan Diploma.

Anggota KEMAS juga diminta tidak merasa rendah diri dalam menjalankan tanggungjawab hanya kerana mereka bertaraf kontrak.

Sesungguhnya,Ibubapa dan Penjaga di luarbandar amat berterima kasih kepada KEMAS kerana khidmat mereka membantu memberikan pendidikan peringkat Tadika kepada anak-anak mereka dan ramai yang berjaya hari ini.

Tadika KEMAS telah banyak membantu Ibubapa dan Penjaga yang bekerja terutamanya dan tidak cukup masa mendidik anak mereka.

Di majlis tersebut juga disampaikan sumbangan untuk program KEMAS kepada Pengerusi-Pengerusi KEMAS.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya lihat ramai juga orang Melayu Baru sentiasa mengirimkan anak mereka ke sekolah tadika yang dapat membantu anak mereka supaya pandai berbahasa Inggeris dan pandai buat Matematik.

YMDS hendaklah lihat diploma guru tadika yang mereka perolehi.

Sepatutnya guru tadika perlu mengembangkan kreativiti kanak2 dan melanjutkan pelajaran yang berasaskan permainan, bukan melatih untuk pandai berbahasa Inggeris dan pandai dalam Matematik. Lagi satu pelajaran ialah yang berkaitan dengan survival/keselamatan di alam persekitaran di peringkat umur pra-sekolah. Lupakan tentang pembelajaran 'akademik'. Kalau hendak mengajar akademik pun mesti dengan cara bermain.

Tadika yang baik sekali ialah tadika yang mempunyai luas padang permainannya. Di kamung tiada masalah tapi di taman perumahan sangat mengecewakan. Kanak2 benci sentiasa duduk dalam bilik darjah. Perasaan ingin tahu dan kreativiti mereka hendaklah digilap tanpa paksaan.

Ujiannya juga hendaklah ujuan kretiviti, ujian menyelesaikan masalah dan ujian INGIN TAHU dan ujian perkembangan seperti bertutur dsbnya. Ujiannya tidak ada tahap lulus atau gagal tapi yang tercatat dalam laporan kemajuan mereka ialah menerangkan tahap apa yang meraka boleh lakukan.

Saya lihat banyak sekolah tadika gagal kerana kanak2 bersa jemu bila sentiasa dudul dalam bilik darjah.

Sekian pengalaman saya yang pernah mengajar guru tadika