30 January 2011
Lawatan
Saya menghabiskan masa beberapa jam petang tadi melawat dan meninjau keadaan penduduk-penduduk di Ladang Stoughton dekat Redang Panjang.
Dalam lawatan rumah ke rumah itu, Saya bertanya khabar keadaan mereka. Sepasangan suami isteri sempat meminta tanda tangan Saya untuk menyoklong permohonan menjadi Ahli UMNO.
Diantara masalah yang timbul di Ladang tersebut ialah pembinaan sebatang jalan menuju ke sebuah Sekolah berhampiran.
Selain Masyarakat India, turut tinggal dan bekerja di Ladang tersebut ialah penduduk Melayu dan Stoughton juga terdapat ladang-ladang lain seperti Malaya, Harbania dan Lembah Keluang.
Penduduk-Penduduk berkenaan begitu gembira dengan kedatangan Saya ke Ladang mereka sambil dapat meluahkan masalah yang mereka hadapi.
Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R.Ganeson dan Pengerusi MIC Bahagian Larut, K. Thevaraju.
Sekumpulan Belia juga turut sama memeriahkan lawatan tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
YMDS,
Dalam kawasan Selama ada dua estet India, dua estet Melayu (sangat kecil jika dibandingkan dengan yang lain) dan enam estet Cina.
Kalau orang India (seperti MIC) pandai, cuba bekerjasama untuk merapatkan jurang pendapatan antara orang India yang paling miskin di daerah Selama dengan yang paling kaya iaitu tuan punya ladang Muthian dan ladang Palaniappan Chettiar.
Begitu juga orang Cina. Kalau mereka (terutama sekali MCA) IQ tinggi cuba rapatkan pendapatan antara cucu si Ah Seng di Kubu Gajah dengan taukeh tuan punya ladang Chang Ling Ching, Lee, Liew Chew, Saw Seng Pek, Koe Hin dan Gan Kim Heoh.
Begitu juga Melayu (Ladang Sinaran) dan ladang yang berada dekat Pondok Tanjung.
Kalau kita tumpukan untuk merapatkan kekayaan antar yang miskin dengan yang kaya sudah tentu isu perkauman dapat diatasi.
Tapi kalau kita asyik berpolitik sepanjang masa tak tahulah saya apa kesudahanya. Tanyalah Bomoh atau Sami. Di tampat kita ada ramai bomoh dan sami cubalah YMDS tanya mereka kalau tak percaya cakap saya.
Tapi susah nak jumpa tuan yang empunya estet ini kerana ramai yang tinggal di Australia dan Pulau Pinang.
Tapi bolehlah YMDS turun padang jumpa mereka untuk medapatkan derma perlumbaan 4X4. Di luar negara selalunya kita buat perjumpaan spesial untuk usahawan yang berjaya.
Sekian untuk makluman YMDS.
YMDS,
Kalau boleh YMDS cuba tanya-tanya kenapa ada sebahagian penduduk estet tak datang mengundi di pilihan raya yang lepas.
Yang sebenarnya kaum India yang berada dalam kawasan ADUN Kubu Gajah belum ramai yang dipengaruhi Hindraf.
Tapi kalau selalu kita bawa orang luar menjumpai mereka kita takut keadaan mungkin berubah dan kita tidak akan dapat 80% kehadiran pengundi di PRU13.
Yang penting dilawati dari rumah ke rumah ialah mereka yang tidak datang mengundi di PRU12.
Sepatutnya ranting MIC hendaklah membantu YMDS mengenal pasti mereka ini kerana mungkin mereka ini ramai yang berdiri atas pagar atau memihak kepada parti pembangkang kerana mereka tidak tahu isu yang sebenar.
Jika harga getah dan kelapa sawit dan sentiasa tinggi saya rasa tidaklah menjadi masalah sangat seperti keadaan orang Melayu di Singapore. Mereka dapat gaji tinggi juga jadi mereka tidak lagi bising. Apa2 dibuat PMnya semuanya OK kerana semuanya dapat keperluan asas dan pendapatan yang boleh tahan.
Sekian.
YMDS,
Sepatutnya kaum India mendapat manfaat daripada harga getah dan kelapa sawit yang meningkat. Cuma yang ingin YMDS lakukan ialah menggalakkan majikan mereka memberikan bonus supaya mereka juga berasa tidak terpinggir.
Sekain untuk makluman YMDS. Untuk makluman YMDS harga setan buah kelapa sawit $830.00.
Kami menjualnya tak dapat harga demikian kerana tidak mencapai gred seperti hasil pengeluarkan estet.
Yang sebenarnya jika mereka meminta pembinaan jalan, Timbalan Menteri LMS kita patut membantunya kerana kementerian beliau yang banyak mendapat untung jika harga getah dan buah sawit naik tinggi.
Kalau boleh YMDS melobi kepada YB Dato' Hamzah Zainuddin untuk membina projek2 seperti berikut:
Kilang hasil keluaran kelapa
sawit dan pejabat MPOB.
Bengkel atau kilang memproses
kayu.
Pusat latihan industru kayu
Taman industri perabut
di Pondok Tanjung. Saya melihat Pondok Tanjung boleh menjadi bandar industri asas tani dan haiwan peliharan. Di Malaysi belum ada lagi Agriculture atau Vertinery City atau seumpamanya
Bila lagi YB Dato Hamzah Zainuddin hendak tolong kita. Saya rasa beliau boleh jadi ketua Bahagian jika beliau membina perkara2 yang tersenarai di atas. Tapi kalau habuk pun tak nampak susahlah sedikit.
Terima kasih.
Post a Comment