Template by:
Free Blog Templates

24 February 2013

Mesra


Kerajaan telah membelanjakan sekitar rm 1 juta untuk melaksanakan pelbagai projek kecil di dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah sepanjanp tahun lalu.

 




Diantara projek itu termasuk pembinaan jambatan dan bangunan dewan terbuka.

Ia tidak termasuk projek-projek seperti menaikan taraf jalan dan sungai yang berjumlah berjuta ringgit.

Ahli dewan undangan negeri (AdUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap di majlis mesra rakyat di rumah ketua UMNO cawangan Kelin Gunung, Ulu Ijok, Zulkifli Husein, petang tadi.

Beliau berkata pembangunan semula pekan kecil Ijok juga telah dimulakan.




Katanya, menteri besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sentiasa memberikan perhatian kepada pembangunan di kawasan luarbandar termasuk dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah.

Beliau menambah tanpa sokongan rakyat pembangunan tidak boleh dicapai dengan lancar.

Rakyat miskin juga perlu dibantu jika tidak masalah sosial akan menjandi lebih rumit.

Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada penduduk di Kelian Gunung.

0 comments: