Template by:
Free Blog Templates

24 February 2013

Najib


Rakyat semakin yakin dan menerima dengan senang hati kepimpinan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

 







Banyak pendekatan yang beliau buat diterima oleh rakyat dengan tangan terbuka dan meningkatkan lagi popularitinya.

Jadi tidak hairanlah jika ada yang cemburu dengan cara beliau mendakati rakyat.

Demikian tegas ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan majlis taklimat bajet 2013 di Kubu Gajah, petang tadi.

Beliau berkata  banyak yang diilhamkan perdana menteri termasuk pemberian bantua rakyat 1 Malaysia (BR1M) rm 500 dan yang lain disokong rakyat semua kaum.

Malah BR1M juga  berjaya memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat berbilang bangsa.






Justeru disebabkan BR1M menguntungkan rakyat, muncul individu yang berkepentingan menjelang pilihanraya umum (PRU) ini telah melemparkan pelbagai tuduhan.

Beliau menyeru orangramai agar tidak mudah terpengaruh dengan kempen memburuk-buruk keikhlasan perdana menteri dan kerajaan BN.

0 comments: