Template by:
Free Blog Templates

14 February 2013

MB Kubu Gajah

 
Jalan Redang Panjang ke Batu 20 akan dinaik taraf tidak lama lagi.












Jabatan Kerjaraya (JKR) memaklumkan perkara itu sebagai mengulas cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar, ketika berucap di majlis perasmian surat hak milik kepada peneroka-peneroka FELDA, Ijok, pagi tadi.

Majlis perasmian itu dilakukan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang dalam lawatan kerja sehari ke kawasan Parlimen Larut.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menjelaskan jalan itu perlu dinaik tarafkan kerana ia mendatangkan bahaya kepada pengguna kerana bukan sahaja berbengkok, bahkan sempit dan bahu jalan yang agak tinggi.

Jika dilaksanakan kos menaik taraf jalan sepanjanh kira-kira 15 kilometer itu menelan belanja berjuta ringgit.

JKR merancang melaksanakan jalan tersebut pada tahun ini juga.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin meminta agar Kerajaan memberikan perhatian kepada masaalah perhubungan terutamanya masalah jalan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah.

Dr Zambry ketika berucap menegaskan Kerajaan Negeri sentiasa memberikan perhatian bagi membangunkan pekan-pekan kecil termasuk Ijok dan Kubu Gajah.

Beliau juga akan mempastikan, Projek Kamunting Raya akan juga melimpah ke Parlimen Larut.

Seramai 59 peneroka menerima hak milik tersebut yang disampaikan oleh Menteri Besar yang juga turut menyampaikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang bujang dan 21 tahun keatas.














Beliau juga menyampaikan mok cek RM 265,000 FELCRA kepada Datuk Seri Raja Ahmad  Zainuddin bagi bantuan baiki rumah penduduk di sekitar DUN Kubu Gajah.

Isteri Menteri Besar, Datin Seri Saripah Zulkifli yang turut hadir, menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada pelajar terpilih.

0 comments: