Template by:
Free Blog Templates

17 February 2013

JKR


Kerajaan telah meluluskan projek menaik taraf jalan daripada Redang Panjang ke Batu 20 sepanjang.

Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menyiapkan reka bentuk jalan sepanjang 15 kilometer itu.

 




Demikian dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika berucap mewakili Anggota EXCO Kerajaan Perak, Datuk Ramly Zahari selaku Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air, merasmikan Program Merakyatkan JKR Gotong Royong bersama Penduduk peringkat Parlimen Larut di Padang Majlis Daerah Bagan Baharu, pagi tadi.

Turut hadir ADUN Selama, Datuk Mohamed Daud bin Haji Mohd Yusoff, Pengarah JKR Perak, Datuk Ir Dr Safry Kamal bin Ahmad, Timbalannya, Haji Ahmad Baidove bin Haji Anuar dan Penolong Pegawai Daerah Kecil Selama, Suhaimi Shamuddin.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menambah, Kos jalan tersebut ialah sekitar RM 15 juta dan dijangka bermula sebelum akhir tahun.

Jalan Redang panjang yang pada masa ini berbengkok, sempit dan berbahaya selepas dinaikan taraf boleh memendekan masa perjalanan hanya kepada kira-kira lima kilometer.

Permintaan mengenai pembinaan jalan itu dibangkitkan oleh beliau ketika lawatan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah, baru-baru ini.

Jalan itu akan memberi kemudahan kepada penduduk tempatan dan juga pengguna dari Negeri Kelantan dan Thailand yang sering keluar masuk ke Perak melalui Ijok.

















Mengenai projek menaik taraf jalan dari Kubu Gajah ke Ladang Malaya pula yang merupaan sebahagian daripada pakej melurus jalan berkenaan, ia akan bermula akhir bulan Februari ini.

Mengenai program gotong royong itu,ia sedikit sebanyak membantu usha dalam mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif, indah dan menenangkan.

Beliau juga menyeru agar masyaraat dapat membantu menjaga kemudahan-kemudahan awam yang telah disediakan Kerajaan dan tidak menyerah tanggungjawab itu semata-mata kepada kepada Agensi-Agensi Kerajaan.

0 comments: