Template by:
Free Blog Templates

5 February 2013

Sekolah


Sukan Sekolah penting bagi mencungkil bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan untuk masa depan Negara.

Ramai bintang yang lahir adalah bakatnya bermula di peringkat Sekolah lagi.





Demikian dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika merasmikan kejohanan pingpong peringkat sekolah rendah Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) di Bagan Baharu, petang tadi.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) LMS, Raidzun Mohamed dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bagan Baharu, Haji Rahim Ramli.

Katanya, Kejohanan di peringkat sekolah penting dan Ibubapa wajar memberikan perhatian bukan sahaja bila anak mereka terlibat, tetapi memberikan sokongan moral dan galakan kepada murid-murid yang menyertainya.










Begitupun, kejohanan sukan peringkat sekolah pasti tidak dapat berjalan lanar jika tiada sumbangan dan sokongan secara moral dan kebendaan.

Kejohanan selama tiga hari itu membabitkan 16 buah sekolah dan 120 orang murid lelaki dan perempuan bagi memilih wakil-wakil ke peringkat Negeri pada bulan Mac ini.

0 comments: