Template by:
Free Blog Templates

16 February 2013

Jalan


Kerajaan akan menaik taraf banyak lagi jalan kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah sebelum akhir tahun ini.







Jalan-Jalan rosak akan diberikan perhatian utama kerana ia penting kepada perhubungan penduduk.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar selepas melawat jalan di Kampung Kubur Tok Ariff di Kamung Mesjid, Ijok ke Kampung Sangkut, petang tadi.

Kerajaan telah meluluskan sebanyak RM 20,000 bagi menaik taraf jalan tersebut sepanjang 20 rantai yang menghubunggi Kampung Mesjid dan Kampung Sangkut.




Beliau menambah, kebanyakan jalan kampung mengelami kerosakan akibat banjir dan kenderaan berat yang menggunakan jalan berkenaan.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berharap dengan usaha Kerajaan menaik taraf jalan-jalan kampung, ia dapat meningkatkan lagi taraf hidup penduduk.

Ketua Kampung Sangkut, Haji Mat Zan Kassim dan Ahli-Ahli Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) turut hadir.

0 comments: