Template by:
Free Blog Templates

22 February 2013

Sekolah

Jabatan pelajaran diminta memberikan perhatian serious masalah sekolah yang tidak memiliki padang.












Masalah ketiadaan padang bukan sahaja menyebabkan timbul kesulitan untuk berlatih dan mengadakan aktiviti sukan serta pertandingan, bahkan boleh mendorong kepada masalah displin pelajar yang akan merayau dan melepak jika mereka menumpang padang pihak lain.

Sekolah menengah kebangsaan Kubu Gajah telah mengemukakan permohonan peruntukan rm 150,000 bagi membina padang.

Demikian dinyatakan ahli dewan undangan negeri (AdUN) Kubu Gajah ketika berucap merasmikan mesyuarat agung persatuan ibubapa dan guu (PIBG) sekolah menengah kebangsaan Kubu Gajah, petang tadi.

Turut hadir pengetua sekolah, Haji Ahmad Husni Bin Haji Tusin dan yang dipertua PIBG, Mashor Hashim.

Katanya kemudahan sukan sekolah penting kerana ia boleh membantu mencungkil bakat-bakat baru.









Jika sekolah berkongsi padang, mereka akan menghadapi masalah untuk menganjur sukan atau pertandingan mengikut jadual yang ditetapkan oleh pejabat pelajaran.

Mengenai pembangunan di dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berkata,banyak projek menaikan taraf jalan, membangunkan pekan kecil dan pembukaan ladang sedang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN).

0 comments: