Template by:
Free Blog Templates

9 February 2013

Futsal


Negara memerlulan lebih ramai ahli sukan dan atlit yang berbakat besar bagi menggalas tanggungjawab negara di pentas antarabangsa.

 






Justeru, remaja termasuk di luarbandar harus merebut peluang ini kerana ganjaran lumayan menanti mereka jika menggondol emas di sukan olimpik.

Bagi mencapai hasrat itu bagaimanapun, usaha menganjur banyak pertandingan harus diadakan termasuk di peringkat daerah dan Mukim.

Perkara ini dinyatakan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan gelanggan baru futsal di kampung Mesjid, Ijok petang tadi.

Turut hadir pegawai belia dan sukan daerah kecil Selama, Azini Ismail dan penolongnya, Nasaruddin Mawi.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga ketua UMNO bahagian Larut menambah, industri sukan berkembang pesat dewasa ini dan rugi jika remaja terutamanya tidak merebut peluang tersebut.














Katanya, kerajaan membelanjakan berjuta ringgit membina kemudahan sukan, tetapi malang ada yang dirosakan oleh perbuatan khianat mereka yang tidak bertanggungjawab.

Bersempena dengan perasmian gelanggang futsal berharga rm 100,000 satu pertandingan merebut piala Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin turut dianjurkan melibatkan 36 buah pusat daerah mengundi (PDM) dalam parlimen Larut.

0 comments: