Template by:
Free Blog Templates

17 February 2013

Wanita


Agama Islam menegah pengikutnya menyebar fitnah dan menggalakan perpecahan.












Perbuatan menghasut dan mencetuskan perpecahan boleh mendatangkan bahaya kepada sesabuah Negara dan akhirnya rakyat yang akan menanggung risiko.

Demikian dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan program Salam Sayang anjuran Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Batu 20 pagi tadi.

Beliau mengingatkan masyarakat agar jangan menyesal di kemudian hari sekiranya mereka tersalah pilih Kerajaan pada Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang.

Buat keputusan yang bijak dan jangan mudah terpesong dengan kempen mereka yang hanya mahu mengambil kesempatan pada masa menjelang PRU, kemudian hilang selepas itu.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpnan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah memberi jaminan bahawa Bantuan Rayat 1 Malaysia (BR1M) akan diteruskan jika rakyat terus memberikan mandat kepada parti itu untuk memerintah.

Negara beruntung kerana memiliki seorang pemimpin yang sentiasa mengambil berat masalah rakyat dan bersedia mendengar rintihan mereka.







Beliau menyeru agar umat islam kembali kepada sejarah perjuangan asal mereka yang mengutamakan perpaduan dan kekuatan agama suci itu.

Beliau juga menyerahakan jaket skuad sayang kepada Timbalan Ketua Wanita cawangan berkenaan, Zainab binti Haji Nayan di majlis tersebut yang turut dihadiri Ketua Pemuda UMNO Bahgaian Larut, Annuar Ariffin dan Ketua Wanita Cawangan, Zainab Awang.

0 comments: