Template by:
Free Blog Templates

27 February 2013

BR1M Jelai


Orangramai tidak mempeduli dan mengambil kisah dengan pandangan yang memperlekehkan bantuan Raakyat 1 Malaysia (BR1M).










Sebaliknya ramai yang tetap menyokong dan menyambut baik Bantuan  yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Malah, tidak dinafikan ramai yang merasa kecewa dan marah diatas kencaman yang dibuat terhadap BR1M yang ternyata menyenangkan rakyat.

Demikian dinyatakan Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan majlis penyampaian BR1M ke dua termasuk kalangan Bujang 21 tahun keatas di Jelai, pagi tadi.

Seramai 201 orang penerima BR1M termasuk 85 bujang yang diadakan di Dewan Orangramai Jelai. Turut hadiah Penghulu Mukim Batu Kurau, Baharuddin Ramli dan Ketua Kampung, Haji Mohd Ali Awang Besar.


















Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah menambah, ternyata BR1M berjaya mewujudkan perpaduan kaum dan perbezaan kefahaman politik.

Di kawasan Batu Kurau sahaja tidak kurang seramai 9,000 orang penerima BR1M.

0 comments: