Template by:
Free Blog Templates

28 February 2013

Bengkel




Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar sedang berusaha membantu produk orang kampung dalam dewan undangan negeri (DUN) dimajukan secara komersial.




Hasil mereka boleh diketengahkan, tetapi mereka memerlukan bantuan modal yang besar.

Begitupun, beliau berbangga dengan semangat dan kegigihan penduduk untuk berusaha mengeluarkan produk mereka sendiri.

Beliau berkata demikian selepas melawat bengkel wanita Batu 20 tengahari tadi.

Katanya pujian harus diberikan kepada ketua wanita UMNO cawangan Batu 20 yang memimpin wanita di kampung tersebut membuka bengkel bagi mengadakan aktiviti seperti mengeluarkan cili sos, menjahit dan solek.














Beliau percaya produk mereka boleh diperbesar, selain mampu meningkatkan kemahiran dan menjaga kualiti.

Beliau juga tertarik dengan produk ikan pekasam yang dihasilkan wanita Batu 20.

Turut hadir ketua kampung Batu 20, Haji Mat Isa Harun dan ketua wanita UMNO cawangan Batu 20, Zainab Awang.

0 comments: