Template by:
Free Blog Templates

1 March 2013

Peladang


Pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau akan berbincang dengan beberapa syarikat bas sekitar parlimen bagi membantu mengatasi masalah pengankutan awam di batu kurau dan Kubu Gajah.

 



Sebuah syarikat bas telah dikenalpasti untuk berunding, tetapi semua itu bergantung kepada subsidi kerajaan Perak.

Demikian dinyatakan pengerusi PPK Batu Kurau, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika merasmikan mesyuarat agung berkelompok 22 unit peladang di Batu Kurau, pagi tadi.

Katanya, kerajaan Perak ada memperuntukan subsidi bagi membantu syarikat bas yang bermasalah pengurusan dan kewangan, tetapi masih berminat meneruskan perkhidmatan awam.

Beliau yang juga ahli dewan dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah menambah, masalah pengankutan awam di Batu Kurau dan Kubu Gajah sudah agak lama dan menjadi masalah besar kepada penduduk, terutama pelajar.

perkhidmatan bas di dua kawasan tersebut terhenti kerana syarikat berkenaan menghadapi kerugian.

Beliau juga mengumumkan  beberapa rancangan PPK Batu Kurau untuk dijalankan termasuk perladangan, pertanian dan harta tanah.








Selepas pembukaan kedai rakyat 1 Malaysia (KR1M), PPK  berhasrat menjalankan perniagaan kedai membekal bahan-bahan bangunan dan peralatan.

Pengurus besar PPK Batu Kurau, Haji Sabri Zainul dan ahli-ahli lembaga pengarah turut hadir.

0 comments: