Template by:
Free Blog Templates

11 March 2013

RELA

 
Brig-Jen. Rela, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar menyeru lebih ramai remaja menyertai Rela kerana ia akan memberi mereka pendedahan menjaga keselamatan.







Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah menambah dengan menyertai Rela, mereka akan dilatih menggunakan senjata api.

Begitupun, beliau berharap janganlah mereka bersikap hanya ingin menyertai Rela kerana semata-mata kerana hendak mendapatkan senjata api.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penyampaian pangkat kepada seramai 14 individu dan 100 orang penerima uniform Rela pelbagai kaum di Dewan Serbaguna Redang Panjangm dekat Ijok, malam tadi.

Diantara penerima Pangkat Leftenan daripada beliau ialah Pegawai Khasnya, Razif Khalid dan Penolong pegawai Belia dan Sukan Daerah Kecil Selama, Nasaruddin Mawi.

Turut hadir ialah Pengarah Rela Perak, Brgi-Jen (Reala), Mohd Khairi bin Abu Hassan dan Pegawai Rela Daerah, Major Yakub Desa.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menegaskan melalui Rela ia dapat membentuk sebuah masyarakat yang berdisplin dan bertanggungjawab untuk menjaga keamanan.
















Beliau berharap lebih ramai Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kamung (JKKK) yang akan diberi pangkat Rela bagi membolehkan mereka terbabit sama dalam aktiviti Rela.

Sebelum ini, kesemua 52 Ketua Kampung dalam Parlimen Larut telah dierikan pangkat
Leftenan. 

0 comments: