Template by:
Free Blog Templates

30 March 2013

Wanita

UMNO Bahagian Larut kini lebih kuat dan mantap bagi menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang.












Malah ia lebih yakin bukan sahaja mampu mempertahankan kesemua empat kerusi iaitu Parlimen Larut, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah, DUN Selama dan DUN Batu Kurau, malah dengan majoriti yang lebih tinggi.

Ia berdasarkan perpaduan yang semakin teguh di semua peringkat dalam Bahagian berkenaan.

Demikian dinyatakan oleh Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika berucap di program Semarak Wanita anjuran UMNO cawangan Kampung Paya, Batu Kuru, malam tadi.

Turut hadir Ketua UMNO cawangan Kampung Paya, Hasbullah Alias yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Larut.

Justeru, beliau menafikan sekeras-kerasnya tentang dakwaan pembangkang kununnya UMNO Bahagian Larut mengalami krisis.







 











Semua itu tidak benar sama sekali, malah kepimpinan bahagian semakin padu menjelang PRU ke 13 dan sudah bersedia menghadapinya.

Justeru, beliau menasihatkan pembangkang agar jagalah rumahtangga sendiri dan jangan cuba melaga-lagakan pemimpin Barisan Nasional (BN).

0 comments: