Template by:
Free Blog Templates

13 March 2013

Kar1sma

Pemberian bantuan kebajikan 1 Malaysia (Kar1sma) membuktikan  kerajaan Barisan Nasinal (BN) pimpinan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak konsisten dalam membantu rakyat.






Terbukti semenjak kementerian kemajuan wanita dan keluarga (KKKW) diletakan dibawah perdana menteri, bantuan Kar1sma juga dikeluarkan.

Demikian dinyatakan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah,  Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika merasmikan majis penyampaian voucer Kar1sma peringkat dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah, hari ini.

Pegawai kebajikan masyarakat daerah Larut, Matang dan Selama (LMS), Zambri Mohamad turut hadir di majlis penyampaian voucer setiap seorang rm 200 kepada 354 penerima di dewan masyarakat Kubu Gajah.

Beliau berkata pemberian Kar1sma, Br1m dan banyak lagi terbukti bahawa ia bukan semata-mata gimik pilihanraya, tetapi keiklasan kerajaan BN.













Katanya, Perdana menteri begitu perhatin kebajikan rakyat berpendapatan rendah tidak kira dibandar mahu pun luarbandar.

Bagi parlimen Larut sahaja, penerima Kar1sma seramai 1,300 orang termasuk kaum india dan cina.

0 comments: