Template by:
Free Blog Templates

8 March 2013

Perpustakaan


Perpustakaan Negara dan Negeri digesa agar menyediakan peruntukan dibawah projek penyelenggaraan bangunan perpustakaan desa.










Ini adalah kerana ada bangunan perpustakan yang mengalami kerosakan, tetapi tidak mempunyai peruntukan bagi memperbaikinya, akhirnya menimbulkan kesulitan kepada orangramai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Hari Anugerahan dan Penyampaian hadiah Perpustakaan Desa di Kampung Sungai Ara, pagi tadi.

Turut hadir Pegawai Perpustakaan Desa Sungai Ara, Hasniwati binti Bahari.

Dalam Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, terdapat sebuah Perpustakaan Desa Negara iaitu di Sungai Ara dan dua buah Perpustakaan Desa Negeri iaitu di Batu 20 dan Bagan Baharu.

Hasniwati melaporkan kebocoroan di bahagian bubung perpustakana tersebut dan memerlukan tidak kurang daripada RM 10,000 bagi memperbaikinya.
















Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berkata, wujudnya perpustakaan desa membantu menggalakan orangramai untuk mendalami ilmu pengetahuan.

Amat merugikan jika orangramai tidak menggunakan kemudahan perpustakaan itu bagi mendalami pengetahuan mereka melalui membaca.

0 comments: