Template by:
Free Blog Templates

19 March 2013

Sekolah




Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak wajar diberikan mandat untuk terus memimpin negara pada pilihanraya umum (PRU) akan datang kerana ia merupakan PRU pertama sejak menjadi perdana menteri.





Justeru rakyat harus memberikan mandat baru bagi membolehkan beliau dan kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan segala janji.

PRU ke 13 ini adalah yang pertama bagi Datuk Seri Najib sejak menjadi perdana menteri, justeru masih terlalu awal untuk dijadikan kayu pengukur kepimpinan beliau, melainkan pada PRU ke 14.

Demikian jelas ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan majlis gotong royong sekolah kebangsaan Sungai Jernih, hari ini.

Turut hadir guru besar sekolah, Zaini Idris, ketua kampung, Jamaluddin Mat Isa, yang dipertua persatuan ibubapa dan guru (PIBG), Mustapha Mat dan ketua UMNO cawangan Kelian Gunung, Zulkifli Husein.






















Katanya, perdana menteri telah melaku yang terbaik bagi rakyat pelbagai kaum dan perubahan untuk kemajuan negara.

Beliau kemudian mengetuai kira-kira 200 orang ibubapa membersih kawasan sekolah.

0 comments: