Template by:
Free Blog Templates

13 March 2013

Dewan


Pemimpin kerajaan hari ini menegur perbuatan tidak bertanggungjawab merosakan harta benda awam.










Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata, kerajaan mungkin tidak menimbang projek lain jika kemudahan sering di rosakan.

Beliau berucap merasmikan dewan serbaguna  yang baru berharga rm 150,000 di tanah rancangan belia khas (RTBK) Pondok Tanjung.

Justeru, beliau meminta jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) memantau dan mengawasi kemudahan-kemudahan awam daripada diceroboh.

Turut hadir penghulu Mukim Selama, Ridzuan Baharuddin dan ketua kampung RTBK, Ismail Hashim.
































Katanya tahun lalu kira-kira rm 1 juta dibelanjakan kerajaan untuk pelbagai projek kecil di DUN Kubu Gajah tahun lalu.

Beliau juga mencadangkan pembinaan sebuah kampus universiti dekat RTBK.

Penyampaian bantuan rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada lebih 100 orang juga diadakan selain hadiah-hadiah pertandingan keindahan kampung.

0 comments: