Template by:
Free Blog Templates

29 March 2013

Nafi


Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Pembangkang yang mengatakan bahawa Bahagian itu menghadapi krisis, menjelang Piihanraya Umum (PRU) yang akan datang.




Ini ekoran ketidak hadiran beliau dalam lawatan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ke Selama baru-baru ini dijadikan isu oleh pembangkang.

Katanya, beliau ada urusan yang tidak telah diatur lebih awal dan tidak dapat dielakan.

Malah, beliau telahpun memaklimkam perkara itu terlebih dahulu kepada Menteri Besar dan memahaminya.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pemimpin bersama rakyat dan taklimat anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK) di Jelai, Batu Kurau, petang tadi.

Turut hadir penghulu mukim Batu Kurau, Baharuddin Ramli, pegawai anti dadah kebangsaan (AADK) daerah Larut, Matang dan Selama, Suhaimi Yang,  penceramah Mohd Nazri Muluk dan ketua kampung Jelai, Haji Mohd Ali Awang Besar.


















Tambah beliau, hubungan beliau dengan Datuk Hamzah Zainuddin yang juga Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi tetap baik dan mereka adalah sahabat lama. Tetapi, ketidakhadiran beliau, telah diambil kesempatan oleh Pembangkang untuk dijadikan isu bagi kepentingan mereka.

Beliau merasakan bahawa oleh kerana itu adalah lawatan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selama dan bukan Kubu Gajah, maka beliau telah mendapatkan izin untuk tidak hadir kerana menyelesaikan urusan yang lain yang telah diatur lebih awal.

Lagipun, itu bukan lawatan atau perjumpaan politik dan Menteri Besar Perak telahpun sebelum ini melawat DUN Kubu Gajah dan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin mengiringi beliau dari awal hingga akhir lawatan.

Beliau menasihatkan Pembangkang jagalah tepi kain sendiri dan jangan cuba hendak melaga-lagakan pemimpin UMNO yang sentiasa bersatu bila menghadapi Pilihanraya.

Kataya, UMNO Larut tetap kukuh dan kuat serta sudah bersedia mempertahankan kesemua empat kerusi yang dimenanginya dalam Parlimen Larut, bahkan yakin mencapai kemenangan lebih cemerlang.

Mereka tidak pernah gentar dengan calon-calon yang dikemukakan oleh Pemangkang bahkan sudah bersedia menghadapi mereka.

Mengenai soal Calon UMNO, sudah menjadi amalan, tidak ada sesiapapun yang tahu, kecuali selepas Parlimen dibubarkan, itupun hanya beberapa hari dengan tarikh penamaan calon.

Justeru, tidak perlulah Pembangkang membuat spekulasi mengenai calon UMNO atau Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding atau sealiknya, kerana ia adalah urusan Pucuk Pimpinan.


0 comments: