Template by:
Free Blog Templates

31 March 2013

Bola sepak



Dua buah projek sukan menelan belanja rm 2.5 juta akan  bina dalam dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah tidak lama lagi.

 






Projek-projek itu ialah pembinaan sebuah padang tiruan berharga rm 1.5  juta di pekan Kubu Gajah dan rm 1 juta projek mini stadium di Felda, Ijok.

Tender untuk kedua-dua projek ini telahpun dikeluarkan bagi perlaksanaan.

Demikian dinyatakan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap di majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah pertandingan bolasepak sembilan sebelah di Bagan Bahru, dekat Ijok, petang tadi.

Padang rumput tiruan itu juga kelak akan dilengkapi dengan lampu limpah.


Ia adalah dibawah perlaksanaan 32 projek padang  rumput tiruan 1 Malaysia yang diilhamkan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di seluruh negara.

Beliau berharap kemudahan itu dapat meningkatkan mutu bola sepak dan kemajuan sukan yang lain.

Pasukan dari Kamunting muncul juara selepas  mengalahkan pasukan rancangan tanah belia khas (RTBK) pondok Tanjung 1-0 pada final.

Mereka membawa pulang piala Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin dan hadiah wang tunai rm 1,000.

0 comments: