Template by:
Free Blog Templates

19 March 2013

Jalan baru


Projek naik taraf jalan Kubu Gajah-Taiping akan membuka era baru pembangunan ekonomi penduduk.

 










Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar yakin ia juga akan menarik aktiviti pembangunan yang lain.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah menaik taraf pakej 2a jalan Kubu Gajah-Taiping dekat Kubu Gajah sepanjang 5 kilometer dengan kos kira-kira rm 16 juta, pagi tadi.

Turut hadir timbalan pengarah jabatan kerja raya (JKR)) Perak, Ahmad Baidove Bin Haji Anuar, jurutera kanan daerah Larut, Matang dan Selama, Mohd Salehudin Osman dan ketua penolong pegawai daerah (tanah), Emy Sazry Bin Musa.

Kelewatan menyiapkan projek menaik taraf jalan Kubu Gajah-Taiping kerana kekurangan peruntukan.

Beliau berharap tawaran kerja pakej 2b yang melibatkan kira-kira empat kilometer dari rancangan tanah belia khas (RTBK) ke Ulu Sepetang  dilaksanakan tahun ini juga.



















 


 




Beliau juga mencadangkan pembinaan jalan sepanjang kira-kira empat kilometer dari RTBK ke Bukit Merah.

Pada majlis tersebut, beliau telah diberikan taklimat oleh Ahmad Baidove dan pegawai-pegawai JKR.

0 comments: