Template by:
Free Blog Templates

16 March 2013

Belia


Majlis sukan 1 Malaysia (MAS1M)  peringkat parlimen telah ditubuhkan.

 











MAS1M Larut yang diketuai ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar pada masa ini didaftar di peringkat jawatankuasa tujuh orang penaja bagi menyelaras aktiviti sukan di parlimen.

Katanya dua lagi malis iaitu majlis komuniti 1 Malaysia dan majlis kebudayaan dan kesenian parlimen Larut juga ditubuhkan.

Kedua-dua majlis itu yang diketuai belia juga pada masa ini diperingkat penajaan.

Pekara ini diumumkan beliau ketika merasmikan majlis perasmian penutup kursus bengkel kemahiran membaiki motor dan terapi kecantikan.

Seramai 135 orang perseta menyertai kursus dua hari di dewan felda, Ijok hari ini.

Turut hadir pengarah kolej komuniti Taiping, Salmah Binti Ijam, pengurus felda, Badu Ganti bin Kolan, penceramah bebas, Fadli Majid dan ketua kampung, Haji Shukur Haji Jaman.

Penubuhan majlis komuniti 1 majlis (MK1M) bertujuan megeratkan lagi perpaduan kaum melalui aktiviti yang dijalankan.













Beliau yang juga ketua UMNO bahagian Larut berharap majlis kebudayaan dan kesenian (MKDK) dapat membantu menyegarkan lagi program kebudayaan dan kesenian daripada layu.

Mengenai kursus anjuran kolej komuniti, pejabat belia dan sukan dan pusat khidmat ADUN Kubu Gajah, beliau menegas hanya mereka yang berani bersaing akan maju dan berjaya.

0 comments: