Template by:
Free Blog Templates

19 March 2013

Perjumpaan ketua-ketua


Ketua-ketua kampung dan cawangan dalam dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah digesa mengadakan taklimat menghadapi pilihanraya umum (PRU) yang akan datang.

 





Ini penting supaya pengundi-pengundi mereka faham dengan peraturan-peraturan baru suruhunjaya pilihanraya (SPR).

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian semasa berucap dalam perjumpaan dengan ketua-ketua kampung dan cawangan di Kubu Gajah hari ini.

Katanya, walaupun sudah 12 kali diadakan PRU, tetapi peraturan-peraturan pilihanraya sering berubah mengikut keadaan masa.

Terdahulu, beliau menyampaikan mok cek untuk membekal akhbar percuma utusan melaysia kepada jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) dalam Dun Kubu Gajah.













Ia bertujuan membolehkan mereka mengetahui isu-isu semasa di dalam dan luar negeri.

Terdapat seramai 234 ahli 13 JKKK melibatkan 26 buah kampung dalam dun Kubu Gajah pada masa ini.

0 comments: