Template by:
Free Blog Templates

17 March 2013

MIC

Komponen Parti dalam Barisan Nasional (BN) diingatkan agar tidak menimbulkan pergesaran kerana ia boleh menjejaskan persiapan menjelang Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang.







Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar menegaskan setiap komponen harus meletakan perpaduan parti sebagai keutamaan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, berkata demikian ketika berucap merasmikan bilik gerakan MIC bahagian Larut di taman Lela, dekat Kamunting, hari ini.

Turut hadir Ketua MIC Bahagia Larut, K.Tevaraju dan ahli-ahli jawatankuasa MIC.

Beliau menyeru rakan-rakan komponen agar menggelakan pertikaian mengenai pembahagian kerusi di luar, sebaliknya diserahkan kepada pucuk pimpinan.







Menurutnya lagi, sekalipun kerusi-kerusi yang diwakili mana-mana komponen parti dibawah BN, tetapi ia tetap memerlukan sokongan padu daripada semua rakan dalam BN itu sendiri.

Kekuatan parti terletak dalam parti BN itu sendiri dan bukan terletak kepada lawan atau Pembangkang, justeru setiap ahli harus mengelakkan daripada sebarang perpecahan.

0 comments: